Friday, June 15, 2012

No Title !

            I have been waiting for a long time to update this story . But , I don't know how to begin my story . It's too hurt ! Okay , sebelum aku mula cerita baik korang baca entry yang dah pernah aku post setahun yang lalu . Kepahitan sebuah kebenaran ! 

            Okay , memang aku dengan dia dah tak de hubungan lagi tapi selama putus aku tetap mencari kebenarannya . Bukan kerana aku tak rela lepaskan atau pun aku tak bahagia dengan apa yang aku ada sekarang . Cuma bila disoalkan tentang hati siapa nak hubungan yang dibina sekian lama berakhir macam tu je . Dan sekarang aku dah pun dapat tahu siapa perempuan yang dah merampas kebahagiaan yang aku ada selama 2 tahun . She is . . .



            Cacat aku punya blog disebabkan gambar indon nie . Damn ! Sebenarnya dia la indon yang selama ini aku dafuq gila . Sebabkan dia habis semua indon aku anti dan ban . Cuba bagitahu hati mana yang tak marah bila ada perempuan lain jadi orang ketiga dalam hubungan kita . Kalau artis yang jadi orang ketiga dalam hubungan artis yang kita minat pun  kita dah maki tahap tahoma inikan pula la kalau ada perempuan yang tiba-tiba muncul dalam hubungan kita . Aku juga perempuan okay . Kena ingat tu ! Lagi bertambah bengang bila indon nie SUBSCRIBE facebook aku . Dafuq nak subscribe fb aku . Tak puas agaknya rampas pakwe orang . Disebabkan dia semua perancangan aku terbantut . Kalau tak maybe aku dan dia sekarang dah tunang . Maybe ! 

            Tapi , kalau bertepuk sebelah tangan tak akan bunyi . Ye dop ? So , dalam hal ini dua-dua pihak aku salah kan . Yang indon sorang nie memang sah la gedik kan . Yang sorang lagi tu plak memang sah gatai . Masa dulu aku tanya sejak bila couple dia cakap after putus dengan aku . Bila aku tanya indon nie sendiri jawapan yang aku dapat memang sangat lain . Dorang ini memang dah couple sebulan sebelum putus lagi . Memang kejam ! Dalam masa tu jugak memang aku dah dapat rasa yang dia nie dah mula berubah . Bila mesej kejap je . Call pun tak nak angkat . Alasannya penat kerja . Penat kerja ke penat layan awek kat tempat kerja . Lepas putus tu memang aku dapat banyak jugak la maklumat pasal dorang ini . Berpegang-pegang tangan kat tempat kerja sampai kena tukar shift . Yang si indon nie keluar sampai lewat malam . Dah balik macam-macam kesan jugak la ada kan . Aishhh ! paham-paham jela kan . 

            Then , baru-baru ini ada jugak la aku jumpa dengan dia . Dan terkantoi la pulak mesej indon tu . Even aku baca sekali imbas tapi part mesej minta gambar naked dengan kisah sampai dan ada dekat hotel tu memang aku tak boleh nak lupa sampai sekarang . Apa yang dorang dah pernah buat itu aku tak tahu la kan . Mungkin aku tersalah baca or tersalah paham part hotel itu . Banyak jugak la dia berubah after clash . Aku sendiri pun dah macam tak kenal siapa dia . Dalam masa jumpa tu ada la dia pujuk aku untuk balik dengan dia . Hey , macam mana aku nak balik dengan dia sedangkan dia still couple dengan indon tu . Dan perangai dia pulak still tak pernah berubah . Still nak marah-marah dan kadang-kadang aku nampak lebih teruk dari apa yang aku kenal bertahun yang dulu . Kalau aku single sekali pun mungkin jugak aku tak akan balik dengan dia kalau perangai dia macam tu  . Sumpah tak rela !

            Disebabkan sakit hati kena tipu punya pasal . Entah datang dari mana keberanian aku patahkan phone yang aku bagi dekat dia dulu . Phone tu memang aku dengan rela hati pun bagi dekat dia . Tak ada niat pun nak mintak balik ke apa . Aku dah pun anggap phone tu sebagai hadiah untuk dia . Tapi , disebabkan jumpa mesej yang bukan-bukan terus hati aku sakit sangat . Kebetulan masa tu aku mintak dekat dia nak tengok . Serius la aku rindu phone tu . Because phone tu simpan banyak memory aku dengan dia . Aku minta pun sebab nak tengok je tapi dia susah sangat nak bagi . Geram tambah dengan sakit hati memang terus aku patahkan . Padan muka dua-dua tak dapat guna dah . 

            Soalan yang paling susah aku nak jawab bila ada yang tanya "kau sayang lagi ke kat dia" . Kalau dulu mungkin aku masih harapkan dia . Masa lepas putus tu hampir setiap malam aku menangis . Biasanya bila malam dia akan mesej or call aku . Dan kadang-kadang kalau free aku dan dia akan bergayut . Maklum la pakai Digi nak bergayut sampai phone meletup pun tak de hal . Free of charge ! Tapi , sejak putus memang phone aku dah tak de lagi call dan mesej dari dia . Selama sebulan jugak la aku menangis . Pernah aku cuba untuk bunuh diri . Alhamdulillah , mama aku datang selamatkan aku . Bodohkan aku sebab dia aku sanggup nak bunuh diri . Dah sayang sangat kan apa pun boleh jadi . 

            Selama sebulan tu memang aku tunggu dan rindukan dia . Yang aku mampu menangis je . Untungnya kawan matrik aku dapat tahu yang aku baru putus . Sepanjang tu jugak dia akan call aku malam-malam . She's Jiha ! Thanx a lot to her because accompanied me every night . Macam-macam benda aku tak boleh nak hadapi dalam sebulan tu . Sebulan aku hilang selera makan . Sebulan jugak aku tak buka facebook . Kalau aku buka je mesti aku menangis . Bila aku nak makan pulak sure aku muntah lepas tu . Memang aku sakit lepas putus . Aku sedih dan kecewa tapi dia seronok melayan awek dekat sana . Puas mama aku paksa makan . Yang paling aku tersentuh bila mama aku cakap " kalau kakak tak makan nanti sakit mama jugak susah" . Nak tak nak terpaksa la jugak aku makan walaupun tekak aku masa tu tak boleh nak terima makanan . 

            Lepas putus tu dengan takdir Allah , dia dapat UMT . Ya Allah , masa tu memang aku dah nekad nak tukar universiti . Dah siap pun apply . Sebelum aku masuk semester 3 aku dah dapat pun offer ke uitm . Kos sains kimia jugak . Tapi , bila sampai je UMT entah kenapa hati aku dah berubah . Padahal semua borang aku dah isi . Kiranya hampir 100% preparation dah siap . Aku memang tak boleh nak berdepan dengan dia masa sem 3 dulu . Masuk sem 4 aku dah okay sikit . Dan sekarang bertambah okay . Hati aku pun dah kosong tambah bila tahu plak yang dia dengan indon tu masih couple . Lagi bertambah keras la hati aku nak berlembut dengan dia . Pernah dia cakap yang aku dah tak macam dulu . Aku dah tak lembut macam dulu . Semuanya sebab dia jugak aku berubah . Pernah ada ketika tu , Mirul call aku . Dan dia dengar . Dia cakap kalau dengan orang lain marah macam mana pun boleh lagi aku gelak2 tapi kalau dengan dia susah nak gelak . Fikirkanlah sendiri kenapa aku jadi macam tu .

            Tiba-tiba malam nie aku update pulak cerita pasal dorang kan ? Pelik tak . Ermm, sebenarnya tadi aku packing barang . Yela , tahun depan dah masuk tahun tiga dan kena pindah bilik . Habis lah semua barang aku selongkar . Tengok yang mana aku tak pakai aku buang . Kebetulan semua barang yang dia pernah bagi aku still simpan . Even plastik yang aku dapat free masa beli Bear dulu pun ada . Aku ingatkan semua barang tu dah hilang . Rupanya tersimpan pulak . Aishh ~ Menggamit memori betul ! Later aku fikirkan sama ada aku nak buang , bakar or campak laut ! Aku dah tak nak ingat semua memori tu lagi . Sakit ! 

            To indon yang dah rosakkan hubungan aku , aku doakan suatu hari nanti Allah akan balas setiap perbuatan yang kau dah buat . Kau dah maki aku . Kau dah hina aku . Dan yang baru kau cakap kau nak rampas pulak Syakir . Ohh ~ silakan kalau kau rasa syakir tu nak pandang kau . Tunggu je sampai masa nanti kau pulak akan kena . Dulu kau kacau hubungan aku suatu hari nanti siapa tahu orang lain pulak akan ganggu hubungan kau . Tunggu je ! 

            To dia yang tak habis2 bagi harapan palsu dekat aku . Hope berhenti la dari terus bagi harapan palsu dekat aku . Better kau buat planning dan simpan duit untuk pergi indon . Nanti senang kau nak pergi hantar rombongan meminang sampai ke indon sana tu . Aku rasa tak perlu dah kot kau nak cakap yang kau sayang aku dan kau nak bertunang then kahwin dengan aku . Sebab kau bukan buat aku bahagia pun tapi kau buat aku lebih menderita . Sorry , aku bukan barang atau pun stock kau ! Bila perlu kau datang dekat aku bila tak nak kau buang aku macam sampah . 

            
            








No comments:

 
© IeykaShahidan