Friday, June 29, 2012

Chemist . .

            For the first time aku bekerja . Kerja aku sekarang bukan mudah . Hari-hari sample untuk di test masuk . Dalam satu hari tu ada saja sample yang masuk . Satu sample kadang-kadang banyak benda nak test . Analisis air ! Itulah kerja aku . I'm Chemist right now . Everyday , life aku hanya di makmal . Masuk pukul 8.30am sampai la pukul 5.30pm .

           First day at work , memang aku kagum gila dengan instrument yang ada dalam makmal tu . Canggih ! Tengok makmal tu kecik je sekali instrument kat dalam fulamakkk~ Memang excellent ! Biasanya kalau dekat UMT filter pakai corong buchner biasa je . Tapi kat makmal tempat aku kerja memang dasyat corong buchner dia . Aku pun tak tahu nak guna mula tu . First day kerja aku dah mula jatuhkan barang . Aishh~ nasib baik la tak pecah . Kalau pecah mampus la aku nak ganti balik . Satu alat tu bukannya murah . Kadang-kdang sampai beratus ribu riban . Mampu ke nak bayar . Memang tak la kan ?

            Kerja as Chemist ini memang perlukan kesabaran yang tinggi . Macam bidang yang aku kerja nie kaji air . Kadang-kadang satu sample tu nak kena tunggu masa yang lama sebelum kita ambik result dia . Setakat sekarang ini paling lama pun aku kena tunggu dalam 6 jam la sebelum dapat result . Dalam tunggu tu jangan harap la kan nak duduk saja macam dekat makmal masa amali dekat universiti . Dalam sehari tu kadang-kadang 6 kerja aku kena buat . Itu ini . Fuh~ penat ! Dan sebenarnya banyak benda yang aku tak tahu nak guna . Contoh macam Hach Spectrophotometer . Entah apa la kan . Dah biasa guna aku dah makin  cekap la pulak . Yang leceh nya nak kena ingat semua nombor untuk setiap benda yang nak di test . Alat tu macam-macam boleh kaji . Serious menarik !

              Nasib jugak la ada abang-abang yang baik yang incharge kerja aku . Dia la yang ajar aku semua benda kat tempat kerja . Sementara nak tunggu seorang lagi chemist balik dari kursus . Sepatutnya yang in charge kerja aku senior KAP sendiri . Tapi dia pergi kursus so , tunggu jela dia balik . Mungkin minggu depan dia dah masuk kerja . Hope dia baik dan boleh ajar aku semua benda . Best juga bila fikir kan kerja sebagai chemist dan duduk je dalam makmal . Aku dah rasa macam saintis dah sekarang ini . Hari-hari main dengan alat radas dan bahan kimia .

             Seriously , sebelum ini aku tak pernah terfikir pun untuk jadi chemist or saintis . Tapi sekarang aku dah dapat peluang untuk jadi chemist . Masa zaman sekolah dulu aku memang menyampah gila dengan kimia . Nak dapat A untuk subjek kimia dulu jangan harap la . Entah macam mana la aku boleh jadi chemist kan
? Itu lah takdir yang Allah tetap kan untuk aku . Alhamdulillah , aku bersyukur ~ Walaupun kerja as chemist ini sometimes memang busy , memenatkan dan adakala membosankan . Yela , hari-hari nak uji benda yang sama je . Bosan kot ! Bahagiam aku memang dah tetap dah kena kaji air . Kena guna Hach spectrophotometer . Hope bila instructor yang sebenar balik nanti dia ajar aku guna alat lain pulak .

            Jangan fikir jadi chemist ini kerja mudah . Duduk dalam makmal . Dalam tempat Aircond . Hakikat sebenar chemist ini memang berisiko tinggi . Setiap bahan kimia yang ada boleh rosakkan sistem saraf yang ada dalam body . Macam yang semalam , aku kena test phenol dalam sample air . Nak prepare reagent phenol tu aku kena pakai chloroform . Chloroform ini kata en.Chemist yang in charge aku tu , dia kata boleh menyebabkan mandul . Alamak ~ Mampus aku ! Hope tak akan ada apa-apa la dekat aku . Sian suami aku nanti .

          
       
            Ini la tempat kerja aku sekarang . Walaupun penat tapi best la jugak kerja dia . Balik dari kerja memang confirm dah malam aku tidur awal . Sebelum ini belum pernah la pukul 12.30 aku nak tidur . Paling awal biasanya pukul 3am . Sejak jadi Chemist ini pukul 10pm dah mengantuk . Tak pernah aku SMS sampai tertidur . Biasanya dia yang tertidur . Eh , lari topic ! Hehe .
   
            Bila dah mula kerja ini mula la angan aku lagi tinggi menggunung nak kerja sebagai chemist sampai akhir hayat . Tapi , nak belajar tu memang sakit mental sangat la . Kalau ada yang ambik kimia dan dekan setiap semester dia memang best student sangat la . Otak cap apa aku tak tahu . Apa pun , i love to be chemist ! Kalau boleh nak je berhenti belajar terus kerja . Tapi please la jangan bagi aku kerja yang sama . Bosan ! Dan aku sangat awkward di tempat kerja . Tak tahu nak sembang apa . Semuanya laki dalam makmal aku . Aku seorang ke perempuan di situ . Haishhh~


1 comment:

Anonymous said...

Salam sis kerja di company mana sis?

 
© IeykaShahidan