Friday, June 1, 2012

Dah Nikah !

            
Assalamualaikum ~
Dah nikah pun . . 



           Hari ini selamat sudah abang aku menjadi suami yang sah kepada kakak ipar aku . Dua sekali dinikahkan dalam satu hari . fuhh~ Penat kot ! Pagi pergi Jitra . Petang selepas jumaat gerak pergi Perlis pulak . Hari ini dalam sejarah . Nikah dua orang sekali . Pada asalnya abang aku (ami) nikahnya minggu depan tapi last minute dia dapat offer kerja tetap . Then kena pergi lapor diri untuk kursus 3 bulan dekat Port Dickson 3 June nie . So , terpaksa la buat akad nikah hari ini jugak . Kalau tak buat bila lagi . Nak tunggu pulak lagi 3 bulan . Berkemungkinan kenduri nanti dia tak dapat balik . Tapi , doakan jela dia boleh buat rayuan untuk balik untuk kenduri sebelah perempuan 8 June nanti . Abang aku yang no 5 (awan) nikahnya dengan orang perlis . Kendurinya esok . Penatnya ~ 
            Masa aku ikut upacara nikah ami pagi tadi , terjadila pulak satu perbualan diantara geng mak2 . Adoyai ! Salah seorang kawan mama cakap : "lepas nie tinggal dua orang jela lagi yang tak lepas" . Okay ! masa tu aku okay lagi . Sekali mama aku buka mulut "yang nie pun nak bagi nikah dah " . Tok ngah aku pulak tambah lagi " dah ada calon ke? " Errr ~ sentap hati aku dengar soalan tu . Aku dah tak tahu dah nak jawab apa . Sengih aku ! Mama aku pulak boleh dia cakap siapa masuk minang terima je , tak nak simpan dah . Okay ~ terus aku dah tak tahu nak jawab apa . Memang aku tahu sengih jela sampai telinga . Dalam hati aku nie , mama tunggu si dia tu masuk minang ye baru terima . Hehehe ~ 
            Cerita punya cerita , terkeluar pulak kawan sekolah rendah aku dah nak bertunang esok . Adeh ~ lagi jem aku dengar . Biar jela diorang nak tunang or nikah . Aku nak study lagi nie . Dah grad nanti baru fikir bab kahwin mahwin nie . Sekali tak grad aku malas nak fikirkan lagi . Tapi ~ kalau tunang tu mungkin boleh dipertimbangkan la . Kahwin tu mungkin lambat lagi la kan . Aku pun belum ready sebenarnya nak kahwin . Bila dah sampai tahap macam nie mula la aku terfikir , dulu kalau sebut pasal pakwe memang dah kena ketuk . Tapi , sekarang boleh je pulak nak sembang bab kahwin . Mungkin faktor usia mempengaruhi . Huahaha ~ Opss ! Aku muda lagi okay . Nak grad dan nak kerja dulu baru kahwin . 
            Family aku dah almost complete ! Makin bertambah ramai ahlinya . Lepas nie tunggu pulak kelahiran si kecil pertama dari kakak aku yang kahwin tahun lepas . Excited jugak aku nak tunggu ~ Jangan lahir masa kenduri dekat rumah aku nanti sudah . Haa ~ sebut pasal kenduri jemput la datang rumah 16 june nanti . Datang la beramai-ramai ! Aku tak de kat rumah ye masa tu . Tak balik sebab tengah menghadapi final exam untuk semester 4 . 










No comments:

 
© IeykaShahidan