Sunday, June 17, 2012

Apa itu cinta ?




"Percaya"
        
            Bila hati dah sayang secara tak langsung mesti kita akan percaya apa yang si dia katakan . Dan ada kalanya kita juga akan rasa sangsi bila sudah terlampau sayang dan takut sesuatu yang buruk terjadi pada hubungan kita . Aku secara zahirnya belum kenal apa itu cinta pada dasarnya . Namun , pengalaman yang selama ini pernah aku alami membuatkan aku tahu dan kenal apa itu cinta . Cinta perlukan kepercayaan yang sangat tinggi . Tapi , jangan pula kalau bila seseorang tu telah meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap kita akhirnya kita sendiri yang rosakkan . Aku sendiri pernah merasakannya . Aku meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap seseorang namun akhirnya si dia merosakkan kepercayaan aku . Sehingga kini , aku sudah tidak mampu untuk mempercayainya lagi . Biarlah benar mahupun salah pada aku selagi tiada bukti yang mampu membuatkan aku percaya selagi itulah aku tidak akan pernah mempercayainya . Itulah kesan apabila sering ditipu . Manusia sememang bermulut manis tapi sukar juga bagi mereka terutama kaum adam untuk menepati setiap kata manis yang dijanjikan . 

"Jujur"

            Dalam cinta , perkara paling penting adalah jujur . Di setiap perkara sekali pun kejujuran perlu ada dan diletakkan pada level yang paling teratas . Walau sesuatu perkara yang menyakitkan sekalipun patut kita berterus terang dengan pasangan kita supaya tiada kesangsian yang bermain di fikiran pasangan kita . Mungkin pada kita , sesuatu yang buruk itu sekiranya kita merahsiakan pasti tidak akan terjadi sesuatu yang tidak diingini dalam perhubungan kita . Namun , kita terlupa suatu ketika samada cepat mahupun lambat suatu perkara yang pada awalnya kita rahsia akhirnya diketahui pasangan kita . Dan ketika itu , hilanglah segala kepercayaan dan kasih sayang yang pernah singgah di hati . Berfikirlah terlebih dahulu bagaimana cara untuk kita bersuara sekiranya perkara yang ingin diluahkan itu akan menyakiti pasangan kita . Carilah ruang yang sesuai untuk kita berkongsi cerita supaya pasangan kita mampu menerimanya dengan terbuka dan fikiran yang matang . 

"Setia"

            Sejauh mana pun cinta kita berada haruslah kita simpan rasa kesetian di dalam diri . Lazimnya , ramai yang couple jarak jauh akan putus ditengah jalan . Bila putus , mula lah nak salah kan takdir . Kononnya tiada jodoh ataupun ayat paling biasa di dengar takdir telah menentukan segalanya . Tapi , kalau setia tu ada dalam diri tak akan la kita boleh putus kan ? Ini tak . Yang lelaki pantang nampak perempuan cantik mula la nak test . Yang perempuan pulak pantang kena ayat sikit mula la cair . Bila dah sampai satu tahap lupa habis pasangan kita yang sebelum ini bukan main lagi berkasih sayang . Susah sebenarnya nak jumpa pasangan yang couple jarak jauh tapi tiada sebarang masalah yang berlaku antara hubungan mereka . Gaduh tu perkara biasa tapi jangan sampai terbawa-bawa . Perempuan pula jangan asyik nak merajuk je kerja . Lama-lama pasangan korang tu bosan dengan korang mula la dia nak cari perempuan lain . Yang lelaki jangan nak ego dan sibuk dengan kawan-kawan je . Pandai-pandai la bahagi masa supaya pasangan korang tu tak terfikir untuk cari lelaki lain . 



No comments:

 
© IeykaShahidan