Sunday, March 25, 2012

Ohhh WIFI !!

Assalamualaikum . .


Bengang betul aku dengan pengurusan dekat UMT nie . Segala benda tak boleh nak buka . Sejak ada WIFI dekat setiap bilik nie macam-macam masalah dan complain yang aku dengar . Bagi aku kalau dah nak block GOOGLE and website yang lain baik tak payah nak pasang wifi tu . Suruh je pihak pengurusan tu buang terus wifi tu . Alang-alang nak susah biar susah terus . Daif gila ! Malu je dekat universiti lain . Universiti yang terceruk dalam hutan pun wifi laju . Semester lepas sebelum wujudnya wifi dekat bilik tak pulak aku dengar masalah macam-macam . Tak dengar pulak kes block google ke mynemo xleh buka and so on . Tapi , lately bermacam masalah timbul . Aku sendiri pun sakit hati . Tak akan la nak tunggu pelancaran dulu baru nak ubah sistem . Prasarana dekat UMT memang tahap kritikal jugak la . Bukan je wifi je tapi asrama pun jadi masalah jugak kekadang tu .Aku bukan nya nak complain or kutuk universiti aku sendiri . Cuma sometimes rasa bengang jugak dengan prasarana dan infrastuktur yang ada dekat UMT nie . Bila kawan-kawan aku dari universiti lain cerita pasal universiti dorang aku akan terdiam dan malu nak bercerita pasal universiti sendiri . Sepatutnya sebagai student aku kena bangga bila nak cerita pasal universiti sendiri tapi kalau dah selalu masalah timbul macam mana aku nak bangga . Baru nak bangga sikit pasal benda lain tapi kalau sebut pasal kemudahan dekat UMT memang nampak sangat UMT nie jauh ketinggalan di belakang . Macam nak je aku saran dekat semua yang bakal sambung degree supaya jangan apply UMT . Jahatkan aku ? Tapi , jahat tak jugak la demi kebahagiaan semua yang bakal masuk UMT nanti . Supaya dorang tak terima nasib macam aku . Kekadang rasa menyesal sangat aku apply UMT . Kalau dari dulu aku tahu yang UMT nie tak complete dalam prasarana memang sampai sudah aku tak apply . 

Memang aku emo sikit malam nie sebabnya assignment aku masih bertimbun tak siap . Kalau ikutkan memang la due date seminggu lagi . Nak siapkan pun masih sempat tapi tak kan la nak siapkan last minute kan . Aku banyak lagi kerja nak buat . Tapi , datang mood nak buat assignment tiba-tiba nak cari info tak dapat terus hilang melayang mood aku . Nak study or buat benda lain pun dah tak ada mood . Aku rasa kalau orang lain kat tempat aku pun mesti tertekan jugak bila tengok planner dekat board yang full untuk minggu nie dan minggu seterusnya . Tambah tertekan lagi bila nak buat assignment tak boleh bila tak dapat access internet . Jangan kata google je . Portal UMT sendiri pun tak boleh nak masuk . Tak ke namanya kejam ! Tak tahu la sampai bila student dekat UMT akan terima nasib macam nie . Segalanya tak complete . Kalau wifi tu slow boleh lagi la tahan dan bersabar . Tapi kalau dah memang tak boleh nak access langsung apa nak buat . Bengang kan ? So , sape2 yang simpan niat nak masuk UMT better dont la ! Korang sakit hati je nanti . 

SEKIAN !!

No comments:

 
© IeykaShahidan