Thursday, March 15, 2012

Dimana Lagi Silap Aku ?

Assalamualaikum . .


Sebelum aku mulakan gerakkan jari jemari aku di sini . Sekali lagi aku dapat tahu tentang luahan hati seseorang yang dulunya pernah ada konflik dengan aku . Siapa dia ? Biarlah aku saja yang tahu tentang kewujudan dirinya itu . Seandainya kau sedang membaca kisah ini diharapkan selepas ini kau faham segala situasi aku dulu dan tika ini . 

Bukan paksaan !

Ye, memang benar . Segala keputusan yang telah aku buat selama ini memang tiada paksaan dari mana-mana pihak . Semuanya atas kerelaan aku sendiri . Aku lakukan semuanya demi kebahagiaan aku , kau dan dia . Cuba bayangkan seandainya aku masih lagi tidak melepaskan dia pergi . Berterusan kau akan tetap bermasam muka dengan aku dan seringkali meluahkan isi hati dan duka lara kau di laman sosial . Sehingga buatkan si dia celaru dan pening memikirkannya . Di saat itu juga aku sendiri tertekan dengan tindakan kau . Akhirnya , sama ada dia rela atau tidak aku terpaksa juga buat keputusan yang mungkin diluar jangkaan dia . Dan sekarang setelah apa yang aku lepaskan aku lebih bahagia . Aku juga turut rasakan yang kau mampu bahagia bila bersamanya . 

Aku seorang hipokrit !

Jangan sesekali kau beranggapan yang aku hipokrit dalam menerima keputusan dia untuk bersama kau . Kerana memang dari dulu , sudah letih mulut ini berbicara tentangnya tapi atas dasar perhubungan aku dan dia yang ketika itu masih baru membuatkan dia sukar untuk membuat pilihan . Tidak pernah terlintas dihati untuk menyimpan sebarang dendam di hati ini setelah tahu akan kisah kau dan dia . Mungkin kau tahu erti rela dan terpaksa kan ? So , pandai-pandai la kau menilai sama ada aku rela atau paksa . If aku terpaksa mungkin sekarang aku masih mengganggu si dia yang kau gilakan sejak dulu tu . 

Meminta maaf tanpa tahu salahnya apa . Salah ke ?

Bagi aku , untuk meminta maaf atau pun memaafkan tak perlu kita tahu apa sebenarnya salahnya . Biarlah , seringkali kita ucap perkataan maaf . Untuk kau maafkan aku atau tidak itu terpulang kepada hati kau sendiri . Mungkin dulu aku meminta maaf kerana aku tahu yang aku telah melakukan suatu kesilapan . Setelah aku pergi jauh dari hidup kau dan dia selayaknya aku memohon maaf . Tak salah kan ? Kau tak perlu lah nak minta maaf atas sebab kau cakap kau yang rampas hak aku . Sikit pun aku tak rasa macam tu . Bukti sekarang aku lepaskan dia pada kau atas kerelaan aku sendiri . Kalau orang lain mungkin belum mampu buat keputusan seperti aku . Sanggup ke lepaskan seorang yang berhari-hari habiskan waktu dengan kita . Jawapan yang pasti disini mungkin rasa cinta masih belum kukuh untuk aku terus bersamanya dulu . Sekarang dia milik kau dan aku tak pernah pun nak ganggu perhubungan kau dan dia . Stop and enough mention about this !

Adakah aku tak puas hati ?

Kenapa aku perlu rasa tak puas hati ? Kau belum kenal aku siapa kau dah boleh menilai aku itu dan ini . Kalau aku terserempak dengan kau sekali pun aku tak senyum satu kesalahan yangs sangat besar ke ? Hebat juga kau bila melihat riaksi dan gerak tubuh aku saja kau dah mampu untuk membaca hati aku . Syabas ! Itu la , dulu bila ajak berjumpa kau elak . Kau cakap belum bersedia . Sebenarnya kau sendiri kan yang tak puas hati dengan aku . Sejak dulu lagi aku tak pernah ada masalah dengan kau . Terpulang la pada kau sama ada kau nak cakap aku ini hipokrit dan tak puas hati dengan kau . Hakikat yang sebenar hanya Allah , aku dan teman rapat aku saja yang tahu . Menilai seseorang itu bukan dari luarannya tapi kenal la hati budinya dahulu sebelum kau bercakap belakang tentangnya . Itu boleh menimbulkan fitnah !


Till end , aku harap sangat lepas nie kau dah tak cakap belakang lagi pasal aku . Kalau kau nak tahu apa-apa kau datang sendiri dan berjumpa dengan aku . Aku mampu untuk face to face dengan kau . Dan jangan pernah menyimpan rasa yang aku nie hipokrit dalam menerima keputusan aku . Sejujurnya aku memang rela dan redha . Aku lebih bahagia bila tak bersama dia . Hal itu menyebabkan hati aku rela bila aku lepaskan dia jauh pergi tinggalkan aku . Sorry , kalau aku terserempak kau tak kira la dekat mana sekali pun aku tak pandang muka kau atau pun aku tak senyum pada kau . Semua tu kerana aku tak nak kau tak selesa dengan aku . Aku sangat open dan mampu berkawan baik dengan siapa sekali pun . Atas dasar satu prinsip . Sekali kau layan aku baik sepuluh kali ganda aku layan kau baik . Siapa yang kenal aku tahu cara aku . 

Sekian !

No comments:

 
© IeykaShahidan