Sunday, March 18, 2012

Focus !!

Assalamualaikum . .


Lately , aku hanya biarkan diari hati ini dibiarkan kosong sekosong hati ini . Yeke kosong ? Not so la~ Actually , bukan sengaja aku biarkan kosong tapi kesibukan membataskan aku mengisi ruang diari hati ini . Lagi pula , hati aku tidak mengizinkan aku untuk conteng di diari hati ini . Bukan aku punya masalah namun , demi kebaikkan semua pihak biarlah aku kosongkan diari hati ini buat seketika . Masa yang aku ada cukup terbatas ini merupakan satu kelebihan untuk aku biarkan diari hati ini kosoang . Hujung minggu yang sangat padat dengan aktiviti . 

Baru-baru ini aku diberi tugas untuk membuat skrip sketsa untuk persembahan pada annual dinner Kelab Kemahasiswaan Kimia nanti . Alhamdulillah , skrip berjaya disiapkan dalam tempoh masa yang agak singkat . Lebih menggembirakan aku apabila skrip aku diterima oleh AJK Dinner yang lain . Cerita asal , aku buat berdasarkan kisah benar yang terjadi pada aku semasa semester lepas .Tapi , atas sebab-sebab yang tertentu aku ubah semua jalan cerita supaya tiada hati yang akan terguris pada malam itu nanti . Idea jahat untuk aku perli seseorang pada malam itu terus aku lupakan dan kembali ke pangkal jalan . Nasib la aku masih lagi ada sifat yang agak baik ini . Kalau tak mesti tersentap hati dia dengan kisah aku nie . Dah tersentap lepas tu mesti mengadu dekat si jantung hati tersayang cakap aku itu dan ini lagi . Hahhh ! Okay ! Stop and enough .


 

Malam ini , bermula la latihan untuk sketsa tu . Tak sabar pulak aku nak tengok adik-adik aku berlakon . Bangga seketika bila nama penulis skrip dan pembantu directornya aku . Lagi bangga la bila aku tunjuk skrip dengan budak Layar Opera then expression dia memang aku buat kerja yang terbaik . Alhamdulillah ! Tapi , nak bangga sangat tu tak boleh la . Apa pun kena tunggu dulu la persembahannya nanti . Malam nie je aku boleh turun dan tunjuk ajar junior aku tentang plot cerita . Malam esok sampai la hujung minggu ini aku memang tak boleh nak join dah . Fokus aku dekat perfomance aku dekat Dataran Syahbandar pada malam hari Jumaat nanti . Perfomance apa tu kena la pergi sana beramai-ramai baru la tahu apa benda yang aku akan buat malam tu . 


 

Busy kan ? Macam mana busy aku sekali pun bab pelajaran tetap aku utama kan . Assignment aku cuba untuk siapkan . Kebetulan hari Sabtu selepas je perfomance aku nanti tu , aku ada first test untuk paper Inorganic Chemistry . Semester ini aku cuba untuk manage jadual aku dengan sehabis baik yang mungkin . Time belajar memang aku belajar betul-betul . Time aku main aku akan main sepuas hati . Buat masa sekarang alhamdulillah tak ada sebarang masalah yang datang lagi . Aku bahagia dengan life aku sekarang ini . Beruntung sangat punya someone yang sangat memahami dan tak pernah untuk make my life trouble . Dia banyak bantu aku . Mungkin kebahagiaan yang sedang aku lalui tika ini membuatkan aku mampu untuk hadapi liku-liku kehidupan ini dengan mudah . Walau sesukar mana sekali pun , dengan hati yang tenang insyaAllah segala urusan akan jadi mudah . 


 

Focus ! Okay , walaupun rintangan datang melanda selepas ini . Aku bermohon pada Ilahi agar tetapkan hati aku supaya untuk terus tumpu kan pada kerja-kerja yang sepatutnya aku lebihkan . Jangan ingatkan aku tentang perkara yang boleh menghancurkan tumpuan aku . Aku akan cuba tetapkan niat aku pada awal semester baru ini untuk lupakan segala benda atau peristiwa yang tak penting bagi kehidupan aku sebagai seorang pelajar . Harap sahabat aku yang lain pun akan terus fokus dengan kerja masing-masing . Kepada syaitan-syaitan tolong jangan ganggu hidup aku mulai pada saat ini . Buang saja kisah yang dah lepas dan fokus untuk masa hadapan saja . 

SEKIAN !


No comments:

 
© IeykaShahidan