Wednesday, May 16, 2012

Untuk Dia !

Sampai bila agaknya penipuan ini akan berakhir . Agaknya sampai bila dia nak teruskan dengan kehidupan macam ini . Satu perkara yang paling aku tak sangka . Sebenarnya sebelum aku putus secara sah pun sememangnya dia dah couple dengan indon tu . Kenapa la eh dulu aku terlalu bodoh percayakan dia 100% . Bila fikirkan balik patut la sebulan sebelum aku putus dengan dia tu banyak sangat perubahan yang ada . Dari hari ke hari , ada saja yang dia buat . Kenapa aku tak pernah sedar seawal aku kenal dia dulu . Patut jugak masa sebelum aku putus dulu dia takut sangat kalau aku nak add minah-minah indon kilang dia tu . Rupanya memang ada muslihat lain . Sanggup dia mainkan perasaan perempuan . Dulu , dia permainkan hati Nida . Dan bila dah couple dengan aku sebulan baru dia tinggalkan Nida tu . Alasan yang aku dapat memang dia selalu gaduh pun dengan Nida tu . Tapi , dalam hal aku pun lebih kurang je ceritanya . Sebulan sebelum putus dengan aku , dia dah pun couple dengan minah kilang indon tu . Nila nama dia . Adakah dia masih pakai alasan yang sama bahawa dia dengan aku dah sememangnya selalu bergaduh ? Dah penat sebenarnya aku mendengar setiap alasan yang keluar dari mulutnya . Dengan semua perempuan dia bagi alasan yang sama . Bila sekarang aku dah ada orang lain baru dia nak kembali pada aku . Dulu kenapa nak sangat dengan indon tu ? Kau sendiri yang cari masalah dulu kan ? Aku dah sayang kau tapi kau tak hargai sikit pun . Sekarang kau tak nak mengaku pulak yang kau couple dengan indon tu . Kenapa ? Malu ? Jatuh maruah kau ke couple dengan indon ? Silap pulak aku tak rakam je apa kau cakap malam tu yang kau cakap jatuh maruah kau bila orang tahu kau couple dengan indon . Hahhh ! Tahu pun kan nak malu .

Satu persatu Allah nak tunjuk pada aku tentang perangai sebenar kau . Kau nak tunggu bumi tak terima kau ke baru kau nak bertaubat . Nak insaf ! Yela , sekarang kau seronok la boleh jatuhkan maruah aku . Cerita dekat semua orang . Kau boleh malukan aku dekat semua orang . Masa semester 1 dulu , kau cerita dekat Amir . Tadi kau cerita pulak dekat Syakir . Lepas ini kau nak cerita dekat siapa pulak ? Seronok kan hidup kau boleh malukan aku . Boleh buruk-burukkan aku . Betul la kata Mirul sebelum nie masa malam tu . Bila aku fikir balik cakap Mirul tu , baru aku tahu mana satu kaca dan mana satu permata . Sebelum beriya kau tuduh Mirul , kau tuduh Farid dan semua kawan-kawan yang dulu pernah rapat dengan aku . Kau berjaya buat aku gaduh dengan semua kawan yang sebelum ini aku rapat . Tak sangka pulak kau tikam belakang aku . Kau buat macam tu supaya tak akan ada seorang lelaki pun yang nak dekat dengan aku kan ? Aku dah lama kenal kau la . Baik buruk kau semua aku tahu . Tak pulak aku nak kecoh dekat orang . Sekarang apa kau nak buat pun suka hati jela . Aku dah malas nak ambil tahu lagi . Dari aku ambil peduli pasal kau baik aku study baik-baik je . Selama ini pun aku dah dapat agak yang kau tak akan puas hati bila tengok aku bahagia . Ada saja yang kau akan buat . Konon la kau cakap kau dah berubah . Tapi , apa yang aku nampak sikit pun tak ada perubahan . Harap umur je 23 tapi pemikiran kau sangat sempit . Kalau kata kau matang tak adanya kau nak aibkan aku dekat semua orang . Sekarang puas hati kau kan dah malukan aku .

Agaknya mungkin kau dah lupa apa yang aku cakap sebelum ini . Kalau kau buat hubungan aku dengan Syakir putus jangan harap aku nak balik dengan kau . Walaupun dekat dunia nie dah tak ada seorang lelaki pun yang nak aku atas mulut busuk kau tu . Tak akan sesekali aku balik dengan kau la . Dah macam neraka je kalau aku balik dengan kau . Penipu besar ! Bila dah kantoi boleh pulak kau nak putar belit konon kau tak salah . Tengok masa kau remove FB aku hari tu sudah la . Bila tanya kenapa remove , mula kau kata kau sakit hati dengan aku . Lepas tu bila tanya lagi kau kata kau tak nak contact aku . Bila tanya lagi sekali , kau cakap pulak kau sakit hati tengok komen aku dengan Syakir . Salah ke kalau Syakir nak post apa-apa dekat wall FB aku ? Aku tak paham kenapa dulu aku boleh sayang orang macam kau . Bodoh gila aku dulu sayang kau . Tak sangka kan kau sanggup buat semua ini dekat aku . Kau malukan aku . Kau aibkan aku . Kau jatuhkan maruah aku . Kau hina aku . Kau maki aku . Macam-macam lagi la kau persendakan aku . Mungkin sekarang kau puas bila kau boleh buat macam tu dekat aku . Suatu hari nanti bila ada orang lain buat dekat kau mahupun orang yang terdekat dengan kau baru la kau sedar kan . Itu pun kalau kau masih ada akal yang waras la . Allah bagi akal untuk kita bezakan mana yang baik dan mana yang buruk . Tapi kau tak gunakan akal itu ke arah kebaikan . Apa yang ada dalam pemikiran kau cuma nak sesuatu yang buruk terjadi dekat aku je . Andai suatu hari nanti Allah tarik nikmat yang dia bagi dekat kau baru la kau tahu langit ini tinggi ke rendah . Jangan la nak bermegah sangat bila kau dah berjaya malukan aku dan rosakkan nama baik aku .


Depan perempuan lain kau boleh la nak tunjuk baik . Konon kau nie yang paling terbaik . Tapi kalau depan aku ataupun kawan-kawan yang rapat dengan aku tak perlu la kau nak tunjuk baik ye . Sebab aku tahu sangat perangai kau tu macam mana . Sakit sangat hati aku bila kau buat macam ini tapi nasib la mama aku dan beberapa orang kawan yang rapat bagi aku kekuatan untuk aku bersabar dan dan tabah hadapi dugaan ini . Serious aku dah tak boleh bertahan dah nak stay dekat UMT ini lagi . Nak je malam ini aku terus balik Kedah . Satu badan aku menggigil bila kau buat aku macam ini . Tahan marah punya pasal sampaikan tadi banyak typo yang aku buat . Kalau aku tak ada hati dan perasaan dah lama aku malukan kau depan semua orang . Mujur la aku masih ada sifat perikemanusiaan walaupun gigil menahan marah . Tak pe la , sekarang aku dah malas nak cakap banyak . Nak nangis pun macam tak ada guna lagi dah . Aku menangis air mata darah sekali pun bukannya dia nak peduli . Tetap jugak dengan perangai yang sama . So , let's go ~ Aku tak nak fikir dah . Semoga Allah hilangkan ingatan aku mengenai apa yang dah terjadi pada hari ini . Amin ~

No comments:

 
© IeykaShahidan