Thursday, May 24, 2012

Final of Heart Broken

Aku memang susah untuk delete mesej dalam inbox phone . Bukan setakat phone malah dalam inbox Facebook pun aku malas nak mendelete . Biasanya aku akan biarkan je semua mesej dalam tu . Tapi , tadi tergerakhati aku untuk delete mesej dalam inbox . Mungkin sebab phone aku dah terlalu berat dan loading agak lama bila aku nak buka inbox . Untuk elak dari phone aku terus jem terpaksa la aku merajinkan diri aku mendelete . Sebelum delete tu aku ada jugak la kan baca balik mesej lama-lama . Secara disengajakan aku terbaca mesej lama dengan dia dulu . 


Mesej #1 pada 20 Ogos 2011 
"Dia bukan yang terbaik buat saya . Sekarang baru saya sedar betapa besarnya pengorbanan awak dekat saya sepanjang awak couple dengan saya .Saya harap sangat kita dapat jadi kawan dekat umt nanti . Tak berapa hari dah saya akan ke umt awak . Lepas tu , hampir hari-hari awak akan tengok muka saya dekat sana nanti . Saya tak nak gaduh-gaduh dah . Saya nyesal sangat ."

Mesej #2 pada 21 Ogos 2011
"Saya sanggup . Saya pun dah cakap dengan mak ayah dia . Dia pun dah jumpa dengan mak ayah saya . Kami dah rancang nak kahwin hujung tahun depan . Tapi , tiba-tiba saya dapat umt . Saya telah dipaksa untuk belajar sedangkan saya nak kerja lagi . Dia susah untuk lepaskan saya pergi . Siang malam dia menangis . Dia cakap dai akan tunggu . Tapi , saya tak yakin . Sebab 3 tahun bukan 3 hari . Lagipun , dia ramai peminat ."

Mesej #3 pada 21 Ogos 2011
"Saya rasa saya pilih dia lagi awak . Family saya dah sukakan dia lagi . Saya minta maaf . Sebab saya masih sayangkan dia . Dia selalu jaga saya . Saya nak hargai nak balas jasa dia selagi dia masih ada waktu dengan saya ."


Ya Allah , luruh jantung aku bila baca mesej ini balik . Sangat bodoh aku sebelum ini kerana sanggup dipermainkan dengan lelaki macam dia . Mesej yang pertama dia hantar konon nak tunjuk yang dia menyesal dengan apa yang dia dah buat dekat aku . Tapi , kalau betul dia menyesal kenapa dekat mesej kedua dan ketiga selepas aku suruh dia buat pilihan dia lebih sanggup terima indon tu banding dengan aku yang dah lama dia kenal . Sekarang aku dah nampak semuanya . Alhamdulillah , sebab aku tak terus jadi mangsa dia . Perasaan aku masa tu hanya Allah je yang tahu . Nasibnya aku ada mama yang sentiasa support aku dan sentiasa bagi aku nasihat dan semangat untuk kuat dalam menempuh dugaan . 

Mulai dari ini , segala mesej dan gambar-gambar yang ada secara tak sengaja aku simpan aku dah delete . Dan semua barang-barang yang dia pernah bagi pun dah lama aku buang . Kiranya semua benda yang boleh mengingatkan aku pada dia dah hilang semuanya . Hati aku sakit sangat kalau ingat semua kenangan antara aku dengan dia . Aku dah penat untuk menangis lagi . Dulu , pantang ada masalah pasti aku menangis . Sampai roomate aku pun dah bosan dengan aku . Sekarang , aku tak lagi macam dulu yang lemah dan mudah tewas dengan air mata . 

Entah kenapa malam ini , aku rasa sangat tenang bila dah buat keputusan yang sangat drastik dengan delete semua yang ada tentang aku dan dia . Dulu , aku pernah cakap dekat mama yang aku tak akan delete mesej yang ada . Sebabkan mesej itu adalah bahan bukti yang ada untuk pertahankan diri dan maruah aku sebagai perempuan . Tapi , lain pula sekarang . Aku sudah memaafkan dia dan segala perbuatan keji yang dia dah pernah lakukan ke atas aku . Lepas nie kalau dia nak bagitahu atau jaja cerita aku mahupun nak aibkan aku sekali pun aku tak boleh buat apa lagi . Kerana bahan bukti yang ada aku dah delete dan dia bebas nak buat apa saja . Yang pasti setiap perbuatan yang dia lakukan nescaya Allah akan membalasnya . Dan aku cuma manusia biasa akan terus memaafkan dan berdoa supaya dia sedar dan insaf . 

Harap lepas ini aku lebih tenang . Banyak perkara lain lagi yang aku nak fokuskan . Yang paling utama aku nak study dan balas jasa family aku yang dah banyak berkorban untuk aku . Memaafkan adalah jalan yang terbaik untuk aku tenang dalam hidup ini . Apa pun terjadi aku terima dan aku maafkan . Sekian !






No comments:

 
© IeykaShahidan