Wednesday, May 2, 2012

Jangan Sakiti Hati Ini Lagi . .


Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu..

Aku sendiri tak tahu kenapa kau tak puas hati denganaku . Sejak dulu hingga kini kau seakan menyimpan rasa denda dengan aku . Paling aku terkilan aku layan kau dengan baik suatu ketika dulu tapi entah dimana silapnya kau buatkan diriku seolah-olah tidak bererti pada kau .  Kau beritahu pada semua tentang diriku sehingga mereka yang rapat dengan aku benci pada aku . Kau sering salahkan aku disetiap perkara yang terjadi . Benarkah memang aku bersalah ?

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa...
Kosong...kosong...
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...
Kosong...kosong...

Setelah apa yang kau buat sehingga ramai yang membenci diri aku . Aku fikirkan itu sudah memadai bagi memuaskan rasa diri kau . Malangnya sangkaan aku ternyata salah . Segalanya menjadi lebih teruk tatkala kau meluahkan rasa dengan cacian yang berjuta-juta terhambur dari bibir dikau . Kau sendiri ajar supaya aku menghormati dan mengeluarkan kata yang sopan sepanjang perhubungan tapi kenapa kau pula yang menggunakannya . Adakah aku yang menjadi punca pergaduhan kita sehingga perlu kau caci aku ? 

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar....

Selama ini , mungkin aku terlalu berlembut dengan kau . Apa sahaja kehendak kau semua aku turuti dan jarang sekali aku membantahi . Dan disebabkan kelemahan aku itu , kau mempergunakan diri aku . Di sini , aku ucapkan jutaan terima kasih pada kau kerana pernah buatkan diri aku tewas dan tersungkur . Kerana itu , kini aku bangun dan tabah menghadapi segala yang telah , sedang mahupun bakal terjadi . Telah aku persiapkan diri aku dengan segala perkara yang akan terjadi . 



Berhentilah kau dari terus sakiti aku . Aku penat ! Biarkan aku dengan kehidupan yang aku pilih sekarang ini . Bukan mudah untuk aku lupakan apa yang telah terjadi diantara kita suatu ketika dulu . Kau tak pernah hiraukan tentang rasa hati aku . Cukup la sampai sini saja kau sakiti aku . Jangan pernah kau temui aku lagi . Sedar tak kau telah banyak lukai hati aku . Sampai bila aku perlu hidup dengan igauan mimpi semalam . 

Tolonglah ! 

Selama ini aku cuba untuk menganggap kau sebagai kawan tapi belum cukup sebulan kau dah buat masalah . Kau lukai hati aku lagi . Kau hancurkan hati aku lagi . Belum puas ke kau buat aku lemah dan tak terdaya dulu . Berikan aku ruang untuk bernafas dengan lega . Aku penat untuk teruskan pergaduhan yang aku sendiri tak tahu dimana penghujungnya . Semakin hancur hati aku bila kau datang dan terus mendesak aku sedangkan kau tahu apa hubungan kita sekarang . Dengan orang lain kalau aku gaduh boleh je aku berkawan seperti biasa tapi kenapa kau sangat ego ? Dari dulu hingga kini ego kau terlalu tinggi . Perkara yang kecil kau perbesarkan dan kesudahan kau salahkan aku . 

Tolonglah ! 

Kau kata kau tak akan rugi apa-apa sekiranya kau hilang dan tak rapat dengan aku . Okay , itu aku akui sebab ramai lagi perempuan yang sempurna tergilakan kau . Tapi sekiranya kau teruskan dengan sikap ego kau tak mustahil juga tiada seorang perempuan mampu bertahan seperti mana aku bertahan dengan kau selama ini . Dua tahun aku rasakan cukup lama untuk aku bertahan dengan sikap ego kau . Kau tak pernah sedar semua ini . Kau rasakan diri kau sangat sempurna dan tiada salah yang telah kau lakukan . 

Tolonglah !

Kau pernah cakap yang aku tak matang . Ye , memang aku mengaku ada perkara kekadang aku bertindak diluar batas kematangan yang sepatutnya aku tonjolkan diusia aku ini . Tapi , tidak ke kau sedar bahawa kau juga tak matang dalam hal ini . Perkara yang kecil kau besarkan dan terus-terus kau caci aku tanpa kau sedari aku juga turut punya hati dan perasaan . Sampai bila kau perlu jadi macam ini . Kau sangat memaksa dan mengongkong . Aku yakin dan jamin tiada perempuan sanggup bertahan sekiranya hidup dia diaturkan oleh kau . Berubahlah ! 






No comments:

 
© IeykaShahidan