Tuesday, April 17, 2012

Cemburu !!

Cemburu Tanda Sayang !!

Betul ke cemburu tu tanda sayang ? Mungkin antara kita bersependapat bahawa cemburu sememangnya tanda sayang . Maksud dia mengambil tahu tentang pasangannya . Okay ! Tak salah sebenarnya kalau nak cemburu sekali pun tapi harus ingat jangan kerterlaluan sangat . Bila dah cemburu mengusai diri mula la si tanduk Syaitan mula mengahsut sehinggalah keretakan perhubungan terjadi . Maka , ketawalah Sitanduk terbahak-bahak pabila meraih kemenangan kerana berjaya merosakkan hubungan manusia . 

Tanda cemburu : 

  • Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila kamu tiada.
  • Dia menelefon kamu semasa kamu sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan kamu.
  • Dia menuduh sesuka hati bahawa kamu telah keluar dengan lelaki/wanita lain.
  • Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu.
  • Dia mengugut membunuh diri jika kamu meninggalkannya.
  • Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.
  • Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kamu.
  • Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.
  • Dia bermasam muka jika kamu kerja lebih masa.
  • Dia tidak peduli dengan penjelasan kamu.

Perlu ke ada perasaan seperti perkara di atas ini ? Erm , tak salah sebenarnya jika kita nak cemburu dengan pasangan kita sendiri tapi janganlah sampai beri tekanan pada si dia pulak . Seharusnya kita kena tahu untuk mengawal emosi kita supaya perasaan marah tidak menguasai diri . Kerana hal sedemikian boleh membawa ke arah keretakan sesebuah hubungan . Bayangkan ! Hubungan yang telah terjalin begitu lama . Susah senang hidup bersama tapi kerana cemburu rosak semuanya . Sayangkan ~


Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.

Bila dah gaduh dan putus di tengah jalan mula la nak cakap mungkin tiada jodoh . Tak kurang pula ada segelintir akan cakap dah takdir bukan bersama . Ye ! Memang la jodoh di tangan Allah tapi kita berhak untuk berusaha supaya jodoh kita kekal dengan si dia . Kedua pihak perlu berusaha agar tidak berlakunya perkara yang tidak di ingini . Kita adalah umatNya dan kepada Dia juga kita layak memohon supaya jodoh bersama orang tersayang sentiasa ada dan kekal abadi selamanya .



Banyak perkara yang kita boleh usahakan supaya pasangan kita tidak cemburu mahupun berfikiran negatif terhadap kita . Antaranya :
  • Jangan sesekali memungkiri janji.
  • Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.
  • Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.
  • Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.
  • Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.
  • Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.

Fikirkan sendiri macam mana kita nak bentuk hubungan kita . Jalan yang mana harus kita pilih . Ingin kan kebahagian yang berpanjangan atau berkekalan . Jangankan sekarang saja bahagia bila ada masalah sedikit terus nak gaduh besar macam tak boleh diselesaikan lagi . Cari jalan untuk selesaikan itu adalah yang terbaik untuk membina sebuah hubungan yang bahagia . Sekian !





No comments:

 
© IeykaShahidan