Thursday, April 19, 2012

Istikharah Cinta !

Hati berkata benci tapi di mulut katanya sayang dan begitu jua sebaliknya . Benci mahupun sayang perlulah berpada-pada . Jangan terlalu benci ataupun jangan pula terlalu sayang . Kelak memakan diri . Pernah jadi kes dulu bukan main bencinya tapi lama-lama timbul rasa sayang dan tak lain pula dengan kisah dulu sayangnya kalah gunung everest tapi bila gaduh sikit benci bukan main dalam lagi macam laut Antartik .

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.” (HR. Tirmidzi)

Biarlah kita sayang seorang tu sekadarnya dan bukan melampaui batasan . Sekarang mungkin katanya sayang , cinta mati tapi mana tahu suatu hari nanti bila salah faham sikit dah pulak lain jadinya . Masa tu nanti baru la nak cakap "Aku benci kau" . Eh , bukan ke dulu sayang sangat ke sampai cakap "Tanpa kau , aku rela mati " . ( Errr ~ Whatdefishkek? ) . Hati manusia memang sukar diramal dan tak pernah lari dari punyai perasaan ingin disayangi dan di cintai . Tapi harus di ingatkan biarlah berpada-pada . Jangan terlalu mengharap orang yang kita sayang itu adalah jodoh yang selayaknya untuk kita . Sebaiknya lakukan istikharah dan meminta petunjuk Allah supaya kita tidak terus hanyut dalam realiti kehidupan yang pancaroba .

Firman Allah ta’ala : ” Dan apabila kamu telah berazam untuk melakukan sesuatu, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertawakkal “

Okay stop ! Nak bagitahu sebenarnya yang di atas ini cumalah sebagai intro yang agak melalut dan panjang lebar . Hahaha ! Back to the story . Istikharah Cinta ! Kenapa kali tajuk aku istikharah cinta ?

Ermm , dalam dua hari lepas aku ada la kan suruh someone ini buat solat Istikharah . Then , aku tak tahu la samada dia benar-benar lakukannya atau pun tidak . Just think positive yang dia buat la kan . Tapi , semalam aku dapat satu SMS on 3.27am ! Time subuh baru aku baca SMS tu but then aku biarkan seketika sebab aku macam seolah-olah baca dan tak baca je SMS tu . Selesai semuanya aku dengan slumber tidur semula dan sedar pulak pukul 9am ! Masa ini baru la aku buka mata terus capai phone tengok semula SMS .

Awak.. Saya baru sudah buat solat istikharah . Maaf , awak bukan milik saya . Semoga awak bahagia dengan kehidupan awak sekarang ini . 

Aku tak kisah pun pasal apa yang dia SMS kan pada aku tu . But , yang aku musykilnya cepat betul dia boleh tahu jawapan . Dengan hanya sekali buat dah boleh dapat . Dan yang lagi aku musykilnya time bila dia buat dan time bila pula dapat jawapan . Adakah selepas dia sujud yang terakhir terus dapat jawapan . ( Errr ! merenung ke syiling seketika memikirkannya ) . Macam pelik ! Okay , tak kisah la pasal SMS nie cuma yang aku bengang dan tersentap seketika bila dia cakap aku mangkuk ! Fine !!! Disebabkan aku malas nak melayan karenah orang tua pra matang aku pun OFF phone aku . Finish ~ 

But then , habis je kelas dah sampai bilik semua aku ON my phone yang mengejutkan aku bila dapat SMS seolah-olah dia salahkan aku sebab ganggu hidup dia . I got 3 SMS for that time . Satu SMS pun aku tak balas . Dari SMS yang aku dapat ini aku boleh katakan 100% dia tipu aku tentang istikharah tu . Sedihnya ! Kenapa sanggup tipu dalam hal solat dan ibadah . Tak tahu ke akibatnya nanti . Fikir la kalau betul dia buat solat istikharah tu secara tak langsung mesti hati dia akan tenang menerima jawapan dan ketentuan Allah . 

Aku nak cakap lebih-lebih soal agama aku sendiri pun tak sempurna so apa pun dia buat biarlah dia dan Allah saja yang tahu . Aku doakan semoga suatu hari nanti dia berubah dan sedar segala perbuatan dia . Aku kasihan sangat dengan kehidupan dia . Bila tadi aku cerita pada kawan aku , dia juga turut berfikir seperti apa yang aku fikirkan . "Kenapa perlu marah dan sakitkan hati dengan kata-kata yang menyiatkan hati dan perasaan" . Apa yang kawan aku dapat nilaikan mungkin dia tak puas hati bila tak dapat apa yang dia mahukan . Cara dia fikir seperti seorang yang tiada iman di hati . No wonder , dulu dia pernah doakan sesuatu yang buruk untuk orang yang penting dalam hidup dia . SubhanaAllah ! Aku harap dia bertaubat dan insaf dengan apa yang di pinta . 

Dengan apa yang dia dah lakukan pada aku , alasan untuk aku benci dia sangat kukuh dan kebal terpahat di hati . Sakit hati itu memang tak usah cakap la kan ? Dah macam kena simbah asid je kat hati aku . Mendidih dan menggelegak je . Tapi , nak benci dia tu aku fikir banyak kali jugak sebabnya dulu tak guna kalau aku nak benci dia tahap kritikal sekali pun . Ikhlas aku cakap aku cuma mampu doakan demi kebaikkan dia di atas setiap perbuatan yang dia lakukan pada aku . Semoga hidup dia lebih tenang selepas ini . 

End up , kalau benar aku ganggu hidup dia selama ini okay aku minta maaf ! Dan jika benar juga selama ini aku yang mulakan SMS dan call dia okay sekarang aku tak akan pernah buat lagi . Biarlah apa dia nak cakap tentang aku yang pasti Allah tahu apa yang aku buat untuk dia baik di belakang dia mahupun dihadapan dia . Suatu hari nanti bertemu jugak di muka pengadilan . Baik amalannya maka baik juga ganjarannya tapi jika buruk amalannya buruk jugalah ganjaran yang kita dapat . Wallahualam ! Sekian !

2 comments:

Kina Qinsan said...

salam kenal ya aku dari indonesia.. mau komen tentang post kamu.. this is same with me but different situation.kita sama2 sakit hati tapi dalam hal yang berbeda. kalau kamu karna dibilang mengganggu kalau aku karena dia pergi dengan cewek lain, dengan eks dia dulu lah.sakit sangat rasanya tapi benar juga kata kamu kita kecewa tak ada gunanya. lagipula dia dah pergi. biarlah Allah saja yang balaskan ke dia, suatu saat.

Kina Qinsan said...
This comment has been removed by the author.
 
© IeykaShahidan