Sunday, April 29, 2012

Dinner In Making .

Assalamualaikum . .

Pada 27 April yang lepas , Kelab Kemahasiswaan Kimia ada buat Annual Dinner . So , dalam dinner kali ini aku terlibat secara langsung . For the first time aku bagi sumbangan tenaga pada KKK . Aku sendiri pun tak sangka macam mana aku boleh join benda ini . Tapi , memang sangat best la bila dah jadi AJK Dinner ini . Satu pengalaman yang luar biasa pernah aku ada .

As AJK aktiviti dan persembahan , tugas aku sangat banyak semasa Dinner . Kalau sebelum Dinner ini tak ada la banyak mana pun . Yang aku kena uruskan pasal siapa yang nak buat persembahan masa Dinner je . Tapi , alhamdulillah semua yang terlibat dalam persembahan sporting dan beri kerjasama yang baik . Even , pada awal ada beberapa orang yang tarik diri . Tapi , hal itu tak menjejaskan persembahan yang telah dirancang .

Persembahan yang aku dan beberapa orang AJK aktiviti dan persembahan yang lain adalah sketsa . Pada mulanya , sketsa yang aku plan adalah adaptasi dari kisah kehidupan aku . Tapi , memandangkan kisah aku berkaitan dengan salah seorang ahli KKK so , aku batalkan niat dengan penuh suci supaya tiada pihak yang terasa hati lagi . Setelah mendapat kata sepakat , aku dan AJK yang lain memilih cerita yang mengenai kehidupan seorang pelajar di UMT . Di awal pembikinan , watak utama adalah lelaki tapi disebabkan ada yang tarik diri kerana tidak boleh memberikan komitmen so , aku dan AJK lain menukarkan watak utama kepada perempuan . 

Dalam sketsa ini , aku ditugaskan sebagai penulis skrip . Ha ?? expression aku pada mula agak terkejut dengan tugas yang diberikan . Untuk pertama kali dalam sejarah aku menulis skrip . Dengan bantuan dan sokongan AJK yang lain alhamdulillah , aku berjaya membuat satu skrip untuk sketsa . Aku cuma dapat memberikan panduan sahaja tapi untuk lakonan yang baik pelakon menggunakan dialog sendiri . Cuma yang aku perlu fokus lebih adalah bahagian narator . 

Sinopsis Sketsa :

Gegurl merupakan seorang anak tunggal dan seorang yang manja . Apabila mendapat tawaran ke UMT dia sangat kecewa . Di UMT , dia tidak pedulikan tentang carry mark . Apa yang di nasihatkan oleh temannya sedikit pun dia tidak hiraukan . Sehingga menyebabkan dia mendapat pointer yang rendah semasa semester pertama . Selepas kejadian itu , Gegurl mula sedar akan kesalahan dia dan mula bangun semula . Setelah berbincang dengan kaunselor , Gegurl mula gigih berusaha dan akhirnya dia di umumkan sebagai pelajar cemerlang semasa graduasi . 

Haaa , mesti nak tahu kan siapa pelakon dalam sketsa ini . Meh , kita roll the picture ! 

Nie pelakon lelaki dalam sketsa ini . Cuma dua orang je , Amin (demo) dan Fadhil (kaunselor). Yang hujung sekali tu bukan pelakon ye ! 

Ini pulak barisan pelakon perempuan . Baju light pink tu Ain ( Gegurl ) , watak utama dalam sketsa ini . Yang lain adalah Wani ( Mummy ) , Fiqah , Billa (Peah) dan Mia yang menjadi narator . Lagi dua orang kat belakang tu watak tambahan je bagi Zera dan Almas MC Dinner .

Okay ! Kasi besar sikit . Ini gambar sebelum kitorang bertolak ke Terengganu Equestrian Resort . Sempat la possing ambil gambar dengan para pelakon ini kan . 

So , itu lah gambar-gambar para pelakon yang ada . Tak dilupakan prop utama . . Tengok gambar bawah ini . 


Haa, yang hijau ini la prop dalam sketsa ini . Kira pelakon juga la kan . Fizah sebagai pengarah sketsa . Memang senang bekerja dengan dia . 

Okay ! Itu aje yang aku nak ceritakan mengenai In Making of Dinner . Next entry aku akan cerita about the Dinner . Apa yang terjadi masa Dinner yang lepas aku akan ceritakan pada next entry . At the end , I wish all the best to all crew and friends dalam setiap perjuangan sebagai seorang pelajar dan muslim . Semoga setiap urusan yang kita lakukan dipermudahkan jalan . Good Luck and love you all ! 










No comments:

 
© IeykaShahidan