Sunday, April 8, 2012

Kepuasan !

Assalamualaikum . .


Hari yang memenatkan tapi sangat berbaloi ! For the first time aku dapat naik menara alor star hari ini . Best ! Siap makan tengahari atas menara lagi . Hebat kan ? Hahaha~ Bukan itu je aktiviti yang aku buat hari ini tapi banyak lagi aktiviti lain . Okay ! Meh nak cerita ye .

Pukul 9 lebih aku dah keluar dari rumah dengan abang aku je . Mama dengan abah tak nak ikut so aku jela keluar dengan abang aku . Terus pergi ambik bakal kaka ipar aku dekat Jitra and then ke Star Parade . Sampai sana pukul 10 . Memang lengang la kan awal2 pagi . Tak ramai orang lagi yang datang . Kedai pun banyak tak buka . Kitorang pergi sana awal pun sebab janji dengan kak long aku pukul 10 . Eh , asal masuk kan kak long plak . Sebenarnya , sekolah kak long aku ada buat program so aku pun join jela . Sampai awal dekat Star Parade just untuk main bowling je . 

Mula tu aku tak nak main . Pujuk punya pujuk last-last aku ye kan je . Masuk nama and main je . Tak perlu banyak cakap dah la kan . 2 game sekali main . Non stop plak tu memang lenguh tangan aku angkat bola berat tu . Huhuhu Seronok juga la main even masuk longkang . Benda wajib tu ! Hahaha Lepas nie nak suruh akak aku plan untuk tournament between family aku plak . Kira-kira boleh la dapat 3 team . Family makin berkembang la katakan . Dalam pukul 1 game pun dah habis . Kitorang pun gerak ke Menara Alor Setar untuk makan tengahari .

Di Menara Alor Setar . Agak jakun aku seketika waktu sebab first time kan naik menara Alor Setar . KLCC dah ditawan tapi menara yang dekat dengan rumah pun baru kali pertama naik . Hampeh betul ! Tapi fikirkan balik kalau nak naik tu kena korban duit banyak la kan . Nak naik saja pun dah berapa then tengok pulak permandangan kat negeri sendiri macam tak ada faedah pulak . Kalau pergi tempat orang harga berapa pun sanggup je bayar kan . Yela, tempat orang la katakan mesti la teruja kan nak tengok permandangan . 

Okay ! Sampai sana makan-makan . Sedap la jugak kan makan kat situ . Mahal tu of course la kan . Seorang charge rm25 . Fuhhh! Kopak duit aku tapi tak apa la bukannya selalu pun boleh naik menara tu .Selasai je makan aku dengan abang dan bakal kakak ipar aku turun bawah dekat view floor untuk tengok permandangan . Ambik gambar tu memang wajib la kan . Abang aku la kata kan . Camera dengan dia memang sukar dipisahkan ! 

Pukul 4 baru la gerak ke Pekan Rabu . Abang aku nak tempah baju nikah dia kat situ . Then pergi cari kasut pulak . Memang sehari suntuk berjalan . Then , dalam pukul 6 lebih macam tu gerak pergi Tasik Darul Aman pulak . Malangnya sampai sana hujan so , tak boleh nak turun . Tengok jela yang mampu .

Pukul 8 lebih baru sampai rumah . Duduk kejap dalam setengah jam then keluar pulak pergi makan bawa mama dengan abah sama . Makan banyak jugak aku malam nie . Sate dan bihun tom yam ! Puas dapat makan sate . Memang gemuk la aku lepas nie . Huhuhu . Pukul 10 lebih baru la betul2 balik rumah dan dah tak keluar lagi . 

Sekarang aku dah mengantuk dan letih tahap kronik dah ! Tak mampu nak celik mata . Apa-apa pun hari ini best sangat dapat keluar dengan abang aku . Selama nie tak pernah aku keluar pun dengan abang aku . Selalu keluar mesti ada mama dan abah . Kali ini aku seorang je . Yehaaaa ! release tension . Puas dapat lepas geram masa main bowling . Dah ! Aku penat nak tidur . Selamat Malam ~ Esok aku bercerita lagi . InsyaAllah !

Sekian !

1 comment:

Aprimia ✿ said...

alaaaa , besttnyeee~
fatin tak pena smpai sane..

 
© IeykaShahidan