Tuesday, April 10, 2012

Pergi Tak Kembali !

Jika kekasihmu mengkhianati atau meninggalkanmu . .
Maka tersenyumlah kerana orang yang seharusnya sedih adalah dirinya . .
Kerana kamu hanya kehilangan orang yang tidak mencintaimu . .
Sedangkan dia kehilangan orang yang ikhlas mencintainya . .

Assalamualaikum . . 

Hmm , pernah tak korang baca ayat yang dekat atas nie . Mesti ada yang pernah kan ? Okay ! Actually , aku terjumpa ayat nie dekat Facebook member sekolah aku . Then , tergerak pulak hati aku nak mengarut dalam blog nie . Seriously , aku memang suka sangat dengan ayat atas nie . Indah sangat ! Aku sekarang pun dah tak seperti dulu . Mungkin umur yang semakin melonjak ke alam dewasa membuatkan aku mampu untuk berfikiran lebih matang dari sebelum ini . 

Bila soal tentang cinta mesti ada setengah antara kita yang sedang diulik kebahagiaandan setengah lagi pula mungkin sedang kecewa dengan cinta . Kepada yang sedang dibuai indah dengan cinta janganlah terlalu leka dengan kehidupan . Kepada yang tengah kecewa pula be cool okay! Jangan sedih sebab suatu hari nanti akan datang seorang yang jauh lebih baik dari sekarang . Seperti aku yang sebelum ini . Pada mulanya , memang sedih tapi dengan semangat yang berbaki aku tabahi hati untuk teruskan kehidupan tanpa cinta . Akhrnya , kini aku temui cinta baru yang lebih baik . Hope Allah panjangkan jodoh aku dan dia .

Berbalik pada tajuk utama . Sekiranya kita tewas dalam percintaan jangan sesekali kita menangis kerana kehilangan insan yang disayangi malah ketawalah pada insan yang kita sayangi itu kerana dia telah kehilangan orang yang setulusnya mencintainya . Lepas aku baca ayat kat atas nun jauh di sana aku terfikir sesuatu yang selama ini aku tak pernah terfikir . Seandainya cinta hati aku ingin pergi menjauh dari aku akan aku izinkan kerana yang pasti dia tak akan pernah dapat untuk kembali pada aku kerana aku hanya seorang di dunia ini . 

Tak perlu merayu mahupun memujuk . Hati aku yang seakan keras kerikil ini tak mungkin bisa dilembutkan dalam sekelip mata . Pada aku sesudah ditinggalkan dengan penuh derita tak perlu la datang kembali untuk mencalit sejuta kepahitan di hati yang kian sembuh . Benarkan aku mencari kebahagiaan aku sendiri . Sewaktu ditinggalkan tidak pernah terfikir akan sesalnya dikemudian hari . Jadi , kenapa setelah kian lama menghilang ingin kembali pada aku . Pergilah dikau jauh dari aku . 

Sayangilah orang yang sejujurnya mencintai kita dan hargailah setiap pengorbanan yang dilemparkan pada kita sebelum dia pergi meninggalkan kita . Jangan pernah kita kecewakan hati yang sedalamnya mencintai kita kerana setelah dilukai kita tidak akan mampu untuk pulihkannya semula . Jaga dengan sebaiknya insan yang senantiasa di sisi dan menyayangi kita tak kira siang mahupun malam . 

Sekian .





No comments:

 
© IeykaShahidan