Thursday, April 12, 2012

Gempa Bumi !

Subhanallah !! 

Aceh sekali lagi digemparkan dengan kejadian gempa bumi . Aku tertanya-tanya adakah dunia ini sudah tiba di penghujungnya . Secara umumnya dalam kalangan umat Islam pasti akan beranggapan bahawa bencana alam yang berlaku sebagai petanda awal kiamat . Mungkin bumi ini sudah tua usianya . Kasihan pula dengan nasib rakyat dan umat Islam di Aceh . Baru saja pulih dan membangun semula setelah berlakunya gempa bumi dan tsunami pada tahun 2006 dulu . Kini , sekali lagi Aceh dilanda bencana alam itu . 

Gegaran akibat gempa bumi turut terasa sehingga ke tempat aku . Kebetulan hari ini , aku keluar ke rumah kak long aku di Sik . Rumahnya terletak jauh dari persisiran pantai mahupun laut seperti rumah aku . Jika di sana sudah terasa gegaran bagaimana pula dengan di rumah aku sendiri yang terletak berhampiran dengan laut . Rumah aku boleh dikatakan hampir dikelilingi laut . Banyak kuala yang berdekatan dengan rumah aku . Seram bila fikirkan .

Hanya mampu berdoa supaya Allah melindungi Malaysia dari bencana alam yang menimpa . Cukup la dengan tsunami yang melanda dulu . Mungkin pada mangsa-mangsa tsunami dulu masih lagi terbayang dan terngiang teriakan dan pekikan ahli keluarga yang menjadi mangsa tsunami ini . Walaupun sudah sekian lama , aku yakin dan percaya pasti ada di antara mereka masih ingat dan segar ingatannya terhadap bencana alam yang telah meragut ratusan nyawa . Tak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan mereka . 

Dulu , mungkin aku masih lagi belum tahu dan merasa semua ini . Kini , aku terasa gegaran yang sampai ke Malaysia akibat gempa bumi di Aceh . Kerisauan mulai memuncak apabila membayangkan ombak tsunami yang dipertonton di kaca televisyen suatu ketika dulu . Andai sekali lagi menyerang di manakah tempat untuk rakyat dan umat Islam di Aceh untuk berlindung . 

Apa yang mampu kita lakukan hanyalah bermohon pada Allah yang Maha Kuasa untuk melindungi umat Islam di sana dan di serata dunia ini . Ingatlah dunia kita semakin tua dan mungkin jua semakin dekat di penghujungnya . Pesanan juga pada diri aku supaya memperbanyakkan amalan di muka bumi untuk dihitung . Subhanallah !!!







1 comment:

Mysara Ab Rahman said...

moga kita semua dselamatkan dr bencana ni...

 
© IeykaShahidan