Sunday, April 8, 2012

Paku Dulang Paku Serpih !!

assalamualaikum . . 


Isu Amalina berubah semakin menjadi-jadi pula . Aishh ! Aku tak faham kenapa orang ramai nak menghina dia . Kalau ikutkan cara islam memang la cara dia tu salah .Tapi ,that's her life style . Dah sememangnya pun dia macam tu sejak dari dulu so apa yang perlu dikecohkan . Adakah sebab dia seorang yang dikenali umum semua orang nak judge dia itu ini sesuka hati bila ada kesilapan mahupun sekecil kuman yang dilakukan dia . Apa yang kita dapat sekiranya kita menghina dan mengutuk dia . Dapat pahala kah ? Dosa yang bertimbun-timbun belum tentu terampun lagi kita dah nak tambah dosa baru . Apa nak jadi pun entah la . 

Aku bukannya nak cakap Amalina tu betul dan nak cakap Amalina tu salah pun tak juga . Bagi aku dah itu sememangnya cara dia dan semua keluarga dia pun tahu dia macam mana so ap kes aku nak serabutkan fikiran aku pasal dia . Just lets Amalina follows her own life . Mungkin keluarga dia tahu mana baik dan buruk Amalina so kita tak ada hak sedikit pun nak menghina dia . Kalau nak dia berubah just tegur dengan cara yang baik tak pun berdoa supaya suatu ketika dia berubah .

Balik pada diri sendiri . Tak semestinya kita bertudung dah cukup bagus untuk menilai seorang yang tidak bertudung . Dan tak semestinya kita bertudung labuh dan menutup aurat tu dah cukup sempurna . Kita tak tahu segala amalan kita diterima atau tidak . Sekarang yang mengata Amalina lebih-lebih tu sebenarnya sama saja macam Amalina . Bahkan lebih teruk dari Amalina . Konon di matanya Amalina tu tak pandai jaga diri dan berpakaian ketat atau mendedahkan aurat tapi tak pulak dia cermin dirinya sendiri . Ye , memang di atas dia tutup tapi yang lain tetap nampak kan ? Bila bergaul dengan lelaki tetap ada persentuhan . Layak kah orang macam ini menilai diri Amalina ? 

Aku sendiri masa mula tengok gambar Amalina sewaktu didedahkan di blog dulu tak pulak aku nak menilai dia . Malah , aku pandang pada diri aku . Memang la kadang-kadang tu nampak macam Amalina itu over dari segi pemakaian yang seakan-akan terpengaruh dengan budaya barat . Kita sendiri pun kadang-kadang terpengaruh juga kan . Sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak je . Siapa dia atau pun apa yang dia pakai tak perlu lah kita nilaikan . Sebaliknya siapa kita dan apa yang kita pakai yang perlu di titik beratkan . Jangan menghina orang lain sedangkan diri kita juga turut sama seperti yang terhina itu . 

Nak bicara pula tentang kejutan budaya ! Ermm , mungkin ada setengah antara kita yang beranggapan Amalina begitu sebab terkejut dengan budaya luar . Tapi , rasanya kita sendiri pun sama juga . Fikirkan dulu kita di jaga rapi dengan keluarga ari kecil sehingga remaja . Tapi bila sudah berjauhan adakah kita tetap akan ingat tentang peraturan dan amaran yang keluarga tentukan . Tipu la kan kalau tak pernah langgar walaupun dengan cara tak sengaja . Kita nie cuma manusia biasa la . Tak pernah lari dari kesilapan . 

Last but not least , aku sokong perjuangan Amalina sebagai student di oversea . Kagum dengan kejayaan dia . Bukan senang untuk seorang student untuk menulis sebuah buku memandangkan dia masih lagi in degree student . Kebiasaannya siapa yang ambik PHD saja berpeluang menulis buku . Dan buku dia mungkin bakal terkenal di serata dunia . Yang bangga siapa ? Malaysia jugak ! Andai nanti dia jadi seorang doktor siapa yang kita rujuk dia jugak . Yang baik itu jadi kan petunjuk dan yang kurang enak di mata hindarkan je . Jangan di jadikan sebagai petunjuk ke kehidupan kita . Selamat Maju Jaya Amalina ! 

Sekian !

1 comment:

ciksukaberangan said...

moga amalina dan kita semua tak lepas dari mendapat hidayah Allah. amin :)

 
© IeykaShahidan