Monday, November 21, 2011

Cinta Itu Hanya Sementara...

Awak.......

Ermm, awak memang suka ye mainkan hati perempuan? Dah jadi hobi awak ke tukar-tukar pasangan.. Saya tak tahu la berapa banyak perempuan dah awak kecewakan.... Siapa mangsa awak seterusnya pun tak tahu la kan... Awak memang bahagiakan bila dah dapat mainkan hati seorang perempuan.... Awak tak pernah fikir kan betapa kecewanya seorang perempuan bila seorang lelaki seperti awak berikan harapan palsu.... Mungkin awak akan fikir yang awak hebat bila dah banyak perempuan dampingi awak... Mungkin jugak awak boleg berbangga dengan kawan-kawan awak bila punyai ramai perempuan... Tambah pula kalau perempuan yang awak dapat tu seksi, cantik dan punyai bentuk tubuh yang meletup habis kan?

Alahai, awak...jangan nak tipu saya la awak..sebabnya awak sendiri pernah bagitahu saya yang awak akan bangga bila ada seorang teman wanita yang cantik dan seksi...Patut la awak tinggalkan saya kan? Sebab saya tak cantik dan tak seksi macam perempuan yang awak dambakan selama ini... Bagi awak semua tu pentingkan? Awak tak pandang pun pada hati seorang perempuan tu.. Yang awak pandang dan sanjungkan kecantikan seorang perempuan... Perlu ke semua tu awak? Mungkin dengan cara tu jugak awak akan bahagia kan? 



Awak.....

Saya tak tahu la di mana silapnya saya... Dan saya sangat kesal sebab percayakan awak... Menyesal sebab pernah ada hati dengan awak, pernah ada rasa sayang dan cinta pada awak... Kalau saya tahu semua ini akan terjadi saya tak kan sesekali percayakan awak... Tapi, awak bijak untuk pikat hati saya kan? Ilmu apa agaknya awak pakai ye? Tak nak kongsi ke awak? Saya pun nak jugak belajar mainkan hati orang macam mana awak mainkan hati seorang perempuan... Ajarlah saya untuk jadi seperti awak.. Nak jugak rasa macam mana bila dah berjaya mainkan hati orang ini... Mesti seronok kan awak...

Yela, kalau tak seronok tak kan la awak berkali-kali mainkan hati perempuan kan? Mungkin awak tak pernah paham hati perempuan sebab tu la awak selalu jer mainkan hati perempuan ini... Cuba kalau awak paham, dah semestinya awak akan jaga seorang perempuan tu dengan sebaik mungkin... Dan kalau la awak tahu betapa terseksa nya hati seorang perempuan bila kehilangan orang yang dia sayang mesti awak tak kan hancurkan hati dia kan? Tapi, malangnya awak tak nampak pun semua tu....awak tak tahu pun apa yang terbuku di hati seorang perempuan.....Belajarlah menghargai perempuan sebelum awak nak dia hargai awak....



Awak......
Saya harap suatu hari nanti awak sedar dan berubah untuk lebih setia dan meghargai seorang perempuan.... Biarlah saya orang terakhir yang pernah awak kecewakan... Walaupun di hati saya masih berbaki perasaan sayang tapi saya tak mampu untuk ucapkan sayang itu lagi pada awak... Biarlah saya sendiri yang merawat hati ini... Yang saya cuma inginkan awak tidak akan sia-siakan perempuan yang sayang pada awak selepas saya... Hargailah dia ye awak... Sayang lah dia seperti mana dia sayangkan awak...Jangan lah awak sia-siakan dia seperti awak sia-siakan hidup saya..... Hubungan yang awak jalinkan dengan saya cuma sementara tapi saya akan ingat awak untuk selamanya.... Walaupun hati saya terluka kerana awak...Saya maafkan awak dan maafkan setiap perbuatan dan percakapan yang pernah awak lakukan pada saya...

Terima kasih ye awak hadir dalam hidup saya walaupun cuma sementara.... Awak janji ye dengan saya yang awak tak kan mainkan hati perempuan lagi... Saya sayang awak dan tak nak tengok awak terus hanyut dengan perbuatan awak tu... Saya risau suatu hari kehidupan awak akan hancur dengan hanya kerana perbuatan awak tu... Berubah ye awak... !! Janji taw..!! SAYANG AWAK SANGAT~!!!

No comments:

 
© IeykaShahidan