Wednesday, November 23, 2011

Misteri Sebuah Lagu.....

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi

Aku sangat mencinta
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Aku inginkan dirimu

Di saat aku terbangun dari tidurku
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Semoga engkau kan mengerti

Aku sangat mencinta
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai

Akan indahnya cinta


"walau beribu kali aku dengar lagu nie hati aku tetap sedih dan menangis...sayu hati aku mengenang dia yang sudah pergi tinggalkan aku...telah aku cuba untuk lupakan dia namun sukar di hati ini untuk lupakan dia sebegitu saja...saat ini dan tika ini aku sangat merindui dirinya...memang dia dekat dengan aku tapi untuk aku bertemu dengannya amat sukar untuk aku lakukan...aku tak akan sesekali membenarkan dia mengetahui yang aku masih merindui dan menyayangi dirinya...biarlah aku saja yang tahu betapa besarnya cinta aku terhadap dirinya...aku tahu sekarang dia sudah bahagia dengan kekasih barunya...dan aku tak mahu merampas semua itu..cukuplah kekasihnya merampas dia dari aku...dan aku tidak mahu merebutnya kembali....aku berserah dan akur dengan apa yang telah terjadi antara aku dan dia...mengapa aku tidak mampu untuk lupakan dia...mungkin layanannya semasa 2 tahun yang lalu terhadap aku tersangatlah baik..dan dari situ aku dapat lihat yang dia seorang yang penyayang dan bertanggungjawab...setiap minggu dia akan datang untuk melawat aku dan kadangkala dia akan membawa aku keluar bersamanya...dia tidak pernah kenal erti penat untuk melayani karenah aku ketika itu....setiap permintaan aku dia akan cuba untuk tunaikan...hujan panas tiada penghalang baginya untuk menemui aku....aku sangat sayang padanya sejak dulu hingga kini walaupun kini aku sudah tidak bersamanya lagi...kini aku sendiri tanpa cintanya..dulu, bangun pagi pasti dihiasi dengan senyuman kerana mesej yang dihantar darinya pada aku...dulu,tidur malam aku cukup indah kerana dia...tapi kini pagiku sepi dan malam aku suram tanpa dia....memang aku mengharapkan pengganti yang seperti dia...namun,dia tiada pengganti...dia cuma satu di dunia ini...puas aku memujuk diriku agar tidak membezakan dia dengan yang lain....tapi, aku cuma manusia....yang inginkan sesuatu yang indah seperti layanan dia...sumpah aku rindu dia...aku sayang dia...aku tak mampu lagi untuk menipu diriku....selama ini aku cuba untuk menipu semua orang yang aku sudah lupakan dia...tapi, hakikat sebenar aku masih sayang dia...sudah lama kita berpisah tapi aku masih dalam bayangannya lagi..tak mampu untuk aku keluar dari bayangan dia saat ini...untunglah aku bukan sekelas dengan dia...dan untung juga aku tidak bertemu dengan dia sekarang...mungkin Allah tidak mahu aku sentiasa bersedih di saat aku melihat senyuman dan tawa dia....di mulut aku cakap benci tapi di hati aku hanya Allah saja yang tahu apa isi hati aku....andai aku punyai kesempatan ingin saja aku luahkan yang aku masih sayang pada dia.....aku ingin kan dirinya datang dan temani hari-hari aku...aku mahu dia sentiasa di sisi aku....aku tak mampu untuk menerima cinta lain di hati ini kerana aku masih sayang dia...dia sentiasa di hati...walaupun semua gambar kenangan dan barang yang telah dia hadiahkan pada aku telah aku buang tetapi memori yang terukir dan terpahat di hati tidak mampu untuk aku padamkan....ingin saja aku belah dada dan cuci hati aku sebersihnya untuk aku padamkan segala yang terbuku dihati..namun, apakan daya aku tidak mampu untuk lakukannya...hanya doa yang aku mampu bingkiskan setiap masa agar dia dan kekasih barunya bahagia...aku rela lepaskan dia kerana aku ingin melihat dia bahagia...aku sayang dia dan dengan cara aku biar dia bahagia saja yag mampu aku buktikan yang aku sangat cintakan dia...."




...............................................




awak, sekarang ini mungkin awak dah lupakan saya kan? setiap kenangan yang terukir selama ini pun mesti awak dah mampu padamkan..betul tak awak? awak, setiap kali saya ternampak awak  ..saya rasa nak sangat pegang tangan awak dan genggam tangan awak dan bisikkan di telinga awak yang saya sayang sangat pada awak seperti yang pernah saya lakukan dahulu....setiap kali kita bertembung awak mesti buat tak kenal saya....dan saya pun macam tu juga....walaupun masa tu saya harap sangat awak datang dekat saya dan tegur saya macam mana awak tegur kawan-kawan awak yang lain...saya rindu awak~!! saya sayang awak~!! saya harap sangat kita akan jadi kawan baik...tapi, saya tahu awak tak mahu  semua tu..mungkin awak dah bencikan saya sekarang...awak, saya harap awak bahagia dengan pilihan awak....biarlah dia rampas awak dari saya..tapi, saya tak akan berdendam dengan dia...saya rela lepaskan awak untuk dia sebab ini kehendak awak....saya harap dia dapat jaga awak dengan lebih baik lagi dari saya....awak, setiap kali saya pergi Jitra Mall mesti saya ingat awak...sebab kat situ mula-mula kita jumpa dulu kan awak? kalau saya pergi Tasik plak mesti saya ternampak bayangan diri awak yang tersenyum memandang saya....arhhh~~rindunya saya pada awak...!! terlalu banyak kenangan yang kita binakan awak...macam-macam juga yang kita dah rancang sebelum nie...dulu, kita dah janji untuk belajar di satu Universiti....janji tu kita dah tunaikan..cuma kita tak boleh untuk sama-sama study je....biarlah saya sayang awak dari jauh je...harapan saya cuma satu, kita akan ditemukan dan di satukan di akhirat nanti...insyaAllah....




SAYANG AWAK SELAMANYA~!!!

No comments:

 
© IeykaShahidan