Saturday, February 25, 2012

Study Is My Highest Priority !


Assalamualaikum . .

Masa semeseter 4 nie baru aku sedar yang selama ini aku banyak sangat main dan buang masa macamtu je . Pantang ada waktu free mesti aku akan keluar dengan kawan-kawan . Sepatutnya masa yang aku ada tu untuk buat assignment tapi tak pulak aku ingat pasal assignment tu bila dah keluar dengan kawan-kawan kan . Kalau keluar pulak bukan nye sekejap je tapi berjam-jam . Kadang keluar pagi malam baru aku ingat nak balik kan . Dasyat betul aku nie . Tapi , sekarang apa yang aku rasa sangat lain . Sebab umur ke eh ? Dah semakin matang dalam memikirkan mana yang baik mahupun buruk mungkin . Baru seminggu aku melangkah masuk ke semester 4 ini . Banyak masa  free yang ada sekarang nie . Kalau ikut macam semester lepas memang aku nie jenis kaki berjalan . Sekarang nie nak keluar beli barang keperluan pun dah malas . Duduk je kat bilik . Agak-agak bosan mengadap laptop aku pun merajinkan diri aku yang sedia maklum malas sebelum nie untuk buka buku . Study la apa yang patut kan . 

Kalau macam sebelum nie aku selalu study sambil mesej or online kan . Tapi , sekarang kalau ada yang mesej aku masa aku study memang aku bengang gila . Nak je aku ketuk-ketuk kepala dia . Kalau yang tak tahu aku tengah study tu tak apa la jugak kan . Ini , kalau aku dah bagitahu awal-awal yang aku tak nak diganggu masa study tapi tetap jugak dia ganggu memang aku rasa macam . "Eh , kau nie memang tak paham bahasa melayu ek or dulu kau punya bahasa melayu fail sampai aku cakap kau tak paham bahasa. " Haaa , tu yang aku akan cakap . (dalam hati jela kan) . 

Sebut pasal kes nie , aku memang tengah bengang dengan seorang nie . Aku dah bagitahu yang aku tak nak diganggu masa study . Aku cakap dah kot jangan kacau aku masa study . Aku nak focus dekat study dan tak nak fikir apa-apa pun . Tapi , dia nie tetap jugak tak paham . Kalau aku tak balas mesej dia buat miscalled . Kalau aku tak layan jugak dia call terus tanya "study lagi ke" . Masa tu memang dah naik tahap marah aku . Kepala hotak betul la . Kalau dah aku tak layan kau tu paham-paham jela kan . Dah tu , bila aku marah cakapa ku nak study boleh pulak dia nak marah aku .  Cakap yang aku nie tak paham hati dia dan tak pernah nak hargai dia . Okay ! Kalau aku paham hati kau dan hargai kau . Siapa pulak nak hargai aku dan paham apa yang aku nak ?

Tak cukup dengan marah-marah aku . Kau boleh pulak ungkit benda lama yang telah berkurun aku benam dalam kubur tu . Kau nak bezakan . Cakap dulu aku boleh je study sambil layan kau . Haa , ye ! memang dulu aku bodoh sebab ikut cakap kau . Aku nak pergi kelas kau marah aku . Aku nak pergi buat assignment dengan group aku pun kau nak marah-marah dan maki aku . Tuduh aku macam-macam . Last-last nak bagi puas hati kau aku duduk je kat bilik . Tak payah buat assignment dan tak payah nak pergi kelas . Bodoh kan ikut cakap kau dulu . So , aku rasa sekarang kau sengaja nak hancurkan masa depan aku . Macam mama aku cakap la kan . Jangan layan kalau ada orang cuba nak control hidup kita . Pentingkan study sebab study lebih penting dari orang means kau la . 

So , sekarang aku dah nekad kalau kau tak nak berkawan dengan aku pun terserah . Sebab aku tak akan rugi kalau aku focus kat study dan abaikan kau . Yang penting sekarang masa depan aku dengan study aku . Masa depan aku dengan kau belum tentu ada . Jodoh di tangan tuhan so tak perlu nak susah-susah kan diri nak jaga aku . Kalau dah tercatat kat luh mahfuz tu nama aku dengan lelaki lain memang itu la nanti akan terjadi . Kita tetap tak mungkin bersama kan ? Kalau jodoh kita tak kan ke mana . Tak perlu nak takut aku dapat kat lelaki lain atau pun apa sekali pun . Kita ikut flow kehidupan sekarang nie . Yang dah lepas tu biarkan je .Buat sakit hati je kalau ingat . 

Yang penting sekarang aku nak study je . Apa pun terjadi aku tak akan peduli lagi . Sekarang aku dah menyesal sebab dulu aku ikut kehendak kau tu . Tak fikir langsung pasal masa depan . Alhamdulillah , aku masih belum terlambat untuk baiki kesilapan yang telah aku buat . Biar lah aku hilang kau sekarang daripada aku hilang masa depan aku nanti . Aku tak nak gagal lagi . Berfikir lah secara matang dan fikir seperti seorang student universiti dan jangan lagi kau nak fikir dulu boleh je , kenapa sekarang tak boleh . Dulu umur aku berapa yang bodoh sangat ikut kau tu . Sekarang aku nak ikut cakap kau lagi memang tak la kan . Jangan pernah mimpi yang kau boleh ganggu hidup aku . Kau nak hancur seorang sudah jangan nak hancurkan pulak masa depan aku nie . Study is my priority so hope you can understand it . 

Fullstop ! Please dont ever trying to disturb me and ruin my life anymore as you did before . Sekian ! Kbai !


No comments:

 
© IeykaShahidan