Sunday, February 5, 2012

My Mr.Right !

Assalamualaikum . .

Okay ! Mood aku untuk bercinta dalam nie sudah kembali . Hari ini banyak cerita yang aku nak berkongsi dengan semua . Tapi one by one ye sayang . Sekarang aku nak berkongsi cerita dengan siapa aku boleh jatuh cinta . Apa ciri-ciri calon suami aku suatu hari nanti . Waiting for my dreams future husband . Even , tak semua ciri yang ada tapi cukup la sekadar menarik hati aku . Aku tak nak bermukadimah panjang-panjang . Lets go to the story mory .

Pertama : No smoking ! 
Ini aku letak no pertama dalam kategori calon suami aku nanti . Aku memang pantang sikit dengan orang yang merokok nie . Aku ada masalah bila terhidu asap rokok . Bila dah bau je asap rokok kepala aku pun mula la macam corrupted sikit . Terus jam ! Memang aku tak tahan . Tak semua perempuan suka boyfriend dia smoking . Memang la susah nak berhenti kan ? Tapi kalau niat memang nak berhenti semua boleh jalan la beb . Sama ada nak dengan tak nak je . So , kalau mana-mana laki yang tahu dia smoking dan cuba nak dekat dengan aku tu sila-sila la berubah . Demi kebaikan kamu juga . Kalau tak nak juga berubah sila la jangan smoking depan aku . Paham kan sayang . Heeee~

Kedua : Bergaya !
Okay ! Bergaya yang aku cuba maksud kan smart sebenarnya . Tak kisah la dia tu ikut fashion macam mana sekali pun . Yang penting depan aku nampak smart . Jangan pulak keluar dengan aku selekeh je . Memang aku pandang atas bawah jela kan . Dah tu , pakai pulak selipar yang korang bawah masuk jamban tu . Eee~ tak ada selipar lain ke nak pakai . Agak la kan . Aku bukan nak sangat si dia nie bergaya dengan pakai pakaian mahal or branded . Aku tak pandang pun semua tu . Kalau dia pakai baju bundle sekali pun aku tak pernah kisah asalkan tahu nak kenakan gaya biar nampak smart and handsome boy ye sayang . Alah , korang pun mesti tak suke jugak kan bila tengok perempuan selekeh kan ? So , deal la . 

Ketiga : Wangi ! 
Hello . Korang semua cuba bayangkan kalau korang keluar dengan pasangan korang bau badan dia macam bau belacan goreng je . Errr ~ Tak selera aku nak dekat la . Korang nak keluar date tu pakai la deodorant ke  perfume ke dulu . Kan sedap sikit bau . Pakai perfume tu pakai yang sweet-sweet je bau dia okay . Aku tak suka bau yang kuat sangat . Nanti aku pening kepala pulak bau dah xleh nak dekat dengan korang . Nak bagitahu la sikit kan . Aku suka bau perfume Dunhill Blue . Kalau ada mana-mana laki yang pakai perfume nie lalu depan aku . Perghh ! Terpikat . Aku pernah bagi dekat ex aku dulu hadiah perfume Dunhill Blue nie sempena anniversary kitorang dulu . Pakai la pape perfume pun asalkan bau dia lembut je dan sweet .

Keempat : Rambut !
Haaa , ini satu lagi masalah . Korang boleh tak jangan nak buat rambut macam kera sangat . Ala , yang pacak tengah-tengah tu . Kalau kena gaya dengan muka tu tak jadi masalah . Nie tak , macam mat rempit je . Sebab tu aku tak suka . Kalau panjang pun aku tak suka jugak okay ! Korang nak jadi perempuan ke apa nak simpan rambut panjang-panjang . Biar la pendek dan kemas . Kalau rambut korang straight lagi aku suka . Pakai gel rambut . Fuh ! semat beb ! Suke i you~ 

Kelima : Layanan !
Yang ini penting sangat-sangat bagi aku . Sebab aku nie jenis yang agak kuat cemburu la . Huhuhu . Aku tak suka kalau si dia nak mengada-ngada dengan perempuan lain . Nak mesej setiap masa dengan perempuan lain . Dah tu bersayang-sayang segala bagai . Please la ! Hate it damn much ! Then , aku nak dia ingat aku sentiasa . Aku tak nak dia lebihkan kawan-kawan perempuan dia dari aku .

Keenam : Mesej ! Call !
Aku nie jenis ikut mood kalau nak mesej . Kalau aku rasa nak mesej aku mesej la . Kalau tak aku call je . Then , aku nie jenis yang tak suka mesej pendek-pendek sebab membazir je kredit nak hantar mesej macam tu . Bila tanya sepatah . Sepatah jugak dia jawab balik . Kalau setakat nak hantar mesej "Ok" baik tak payah hantar la . Dah tu ada jugak hantar "K" . Sakit hati aku . Mesej macam tu aku anggap mesej pemati je . (Mesej last) . Sebab tu aku tak balas kalau dapat mesej macam tu . Aku tak boleh kalau satu hari tu dia tak mesej aku langsung . At least satu atau dua mesej cukup la . Sebagai tanda dia memang ingat aku . Tapi , kalau dia busy sangat sampai nak mesej aku pun tak sempat . Rajin-rajin la curi masa sikit call aku dan cakap apa-apa pun . Bukan aku harap sangat nak mesej 24 jam 7 hari seminggu . Dan bukan jugak aku nak dia call aku bergayut lama-lama . Even , dia call cakap yang dia rindu aku pun dah cukup puas hati aku . 

Ketujuh : Dating !
Part ini aku agak malas sikit nak cerita . Adoii ~ Aku nak si dia nie paham aku nie jenis yang macam mana . Awal-awal aku akan cakap aku tak suka tempat yang crowded like pasar malam . Kalau nak ajak aku keluar   teman pergi tengok concert ke lepak tempat-tempat yang memang penuh dengan orang ramai yang sampai nak kena asak-asak tu tolong ok lupakan niat korang . Kalau pasar malam aku boleh terima lagi sebab tempat nak beli barang . Aku paham ! Kadang-kadang aku pun nak jugak beli something . Kalau nak jalan-jalan cuci mata je boleh la pergi tempat-tempat ramai orang . Kalau nak stay dalam tempoh yang lama better don't do that ! Pergi tengok wayang pun aku tak suka jugak . Bawa aku pergi tempat yang family lepak . Contoh taman bunga ke ? Muzium . Zoo . Tempat-tempat pengunjung la katakan . Lagi best kalau bawa aku pergi tempaat yang bersejarah . Dalam dating-dating tu boleh juga timba ilmu kan ? Pelikkan aku ?

Kelapan : Keputusan !
Lagi satu masalah . Sila lah buat keputusan sendiri . Korang tu lelaki . Tunjukkan sikit kepimpinan korang tu . Tak kan la nak buat sesuatu pilihan tu nak kena tunggu aku . Kalau nak minta pendapat tak jadi masalah nie tak nak tanya makan kat mana pun kena tunggu keputusan aku . Beb , kalau aku cakap tempat yang aku nak makan nanti memang slim dompet korang tu . High taste aku nie sebenarnya . Hahaha ~ Tak ada la ! Its not me . Kalau korang bawa aku pergi makan kat warung tepi jalan tu pun aku on je . Aku tak kisah . Bawa je ke mana pun aku follow je . Lagi satu , korang ajak aku keluar then korang tanya pulak aku nak pergi mana . Memang kau tempah penampar aku kan ? Kalau dah korang ajak keluar korang fikir la sendiri mana nak pergi . Lain la kalau aku ajak keluar memang aku la kena cakap nak ke mana . Paham kan ?


Memang tak semua benda yang kat atas nie akan kita dapat . Manusia tak sempurna . Ada kelemahan dan kebaikkan dia . Tapi , aku nak dia cuba paham je apa yang aku suka dan tak suka . At least , dia boleh ubah ke arah yang aku nak . Aku pun sedia berubah ke arah yang dia nak kalau itu yang buat dia bahagia . Asalkan tak ada benda yang dia nak ubah aku tu bertentangan dengan ajaran Islam sudah . Contoh , dia nak aku pakai seksi . Free hair . Memang korang nak mampus agak nya . Okay la ! Aku tak ada idea dah untuk entry nie . Aku nak tamatkan story aku dekat sini je okay . Kbai !

2 comments:

Unknown said...

bila bace entri nie, kalo sy lelaki mcm takut je nak ngorat awk. ehee

tp, betollah ape yg awak ckp tu. ehee

ieyka_shahidan said...

@zuk zuhaiza :: hehehe . biasa la kan ! tapi nak yang macam yang kita nak nie memang susah la kn ?

 
© IeykaShahidan