Tuesday, February 14, 2012

Tanggung Dosa Sendiri !

Assalamualaikum . .

Perlu ke jadi Playboy or Playgirl ? Wajib ke semua tu . Tak ke nanti korang je akan tanggung dosa . Mainkan hati orang nie korang ingat baik ke ? Ingat ye , dunia ini berbentuk sfera dan sentiasa bergerak di atas paksinya dan sentiasa berputar seperti roda . Andai suatu hari keajaiban berlaku . Sesuatu yang korang pernah buat sebelum nie akan kembali terkena pada batang hidung korang sendiri . Dan disaat itu mungkin korang akan kesal dan sedar betapa deritanya insan yang korang permainkan dulu . Memberi harapan palsu pada hati manusia sangat kejam bagi aku . Tapi , tak pe . Allah maha berkuasa . Biarlah DIA tunjukkan kekuasaanNYA terhadap makhluk yang paling kejam ini . 

Bercinta sudah sememangnya begitu mungkin . Bila kita sayang dia permainkan dan bila kita hanya main-main dianggapnya serious . Last-last lingkup kedua-duanya . Susah sangat ke nak setia ? Bila dah putus korang boleh pulak cakap bukan jodoh korang . Watdebengong ! Korang tak pula fikir yang korang tu sendiri bengong . Elok-elok couple korang curang . Korang tak puas dengan sorang . Korang tambah lagi supaya korang nampak yang korang nie hebat . Lepas tu bangga korang ada ramai kekasih . Hey ! buang masa jela semua tu . Buang duit . Buang tenaga . Segala-galanya rugi . Nanti korang dah kahwin nanti korang sedar la betapa ruginya usia muda korang dulu . 

Allah temukan kita dengan orang yang salah sebelum dia menemukan kita dengan orang yang selayaknya . Sebelum kita temui yang selayaknya tu mungkin berjuta kali jugak kita akan tersungkur dan merangkak semula untuk bangun dan berjalan seperti sediakala . Mungkin , sekarang nie Playerz kat luar sana sedang bersuka ria dengan kehidupan masing-masing . Yang sentiasa menabur janji tapi hakikat cuma ingin mempermainkan . Itu hakikat yang perlu kita telan walaupun pahit seperti hempedu . What goes around comes around . Okay fine ! One day korang kan kena balik apa yang korang dh buat . Korang cuma perlu tunggu dan terus menunggu sehingga tibanya waktu itu . Pabila sudah tiba saat itu , korang sendiri akan tahu betapa sakit dan kecewanya  . Bukan satu doa tapi satu realiti sebuah kehidupan . 

Bagi aku ,kalau aku temui orang seperti ini . Aku akan layan dia sehabis baik yang mungkin sehingga dia tahu betapa baiknya hati kita . Tapi , dalam masa yang sama aku tak akan berharap lagi padanya dan berusaha untuk mencari cinta sejati yang lain . Bila sudah temui cinta itu aku akan segera lepaskan . Andai dia tersungkur aku akan tersenyum . Kerana itu balasan yang selayaknya dia dapat setelah banyak hati yang dia pernah sakiti . Sekiranya dia meninggalkan aku juga akan turut tersenyum mesra kerana dia sudah tak perlu lagi menanggung dosa akibat penipuannya terhadap aku . Sebelum aku menyerahkan sepenuh hati aku sebolehnya aku akan cuba untuk mencari bukti dan selidik terlebih dahulu tentang dirinya . Bagi aku , selagi belum menjadi milik aku spenuhnya selagi tu aku tak akan pernah percaya . 

Nasihat aku dekat sini . Jangan mudah percaya dengan setiap omongan lelaki . Kadangkala disebalik kelembutan dan kemanisan ayat yang dituturkan terselit satu kepahitan yang suatu ketika akan menyebabkan kita terjatuh dan tersungkur dalam api cinta . Biarlah dia melamar kita sebagai suri hatinya dan setelah itu baru lah kita percaya yang dia memang ditakdirkan untuk kita . Seandainya tidak , jangan pernah mengharap dia akan menjadi milik kita . Sekian !



1 comment:

iykasyafika said...

im bw...
hurmm...betul tu..stuju dengan entry nie..tp kdg2 org jd playboy or p.gurl sbb nk bls dendm bile hati da kne main kan?

 
© IeykaShahidan