Friday, February 10, 2012

Fenomena Korea . .

Assalamualaikum . . 


Korang minat korea tak ? Mesti minat kan ? Mesti ada yang sampai tahap kritikal . Kemana saja ada je korea dia . Dari percakapan sehinggalah ke cara berpakaian . Tak habis-habis korea dia . Aku sendiri pun naik pelik . Apa yang sampai semuanya nak korea . Tak salah kalau nak minat tengok cerita korea ataupun suka dengar cerita korea . Tapi , sampai dah fanatik tu aku sendiri pun hairan . Mereka tu pun manusia jugak macam kita . Tak ada yang special pun dekat dorang tu semua . Sama je ! 

Budak-budak muda sekarang kalau sebut je pasal korea semua dorang tahu . Kenal semuanya . Boleh pulak dorang cerita itu cerita ini pasal artis korea . Sanggup habiskan ratusan ringgit demi artis yang dorang minat . Kan bagus kalau duit tu belanja aku makan . Tak pulak habis beratus kalau belanja aku makan . Paling kuat pun bawah RM50 je . Kan dapat pahala tu . Hehehe .

Aku bukan nak kutuk ke apa . Terpulang la dekat korang untuk menilainya sendiri . Adakah benar atau tidak apa yang aku katakan di sini . Korang tengok gambar yang aku paparkan kat bawah nie . So , korang paham-paham jela sendiri ye . 




Tak kisah la artiskorea ke melayu ke apa ke . Asal nama artis je tak perlu la sampai korang taksub sangat . Setakat nak tengok cerita tu berkali-kali ataupun nak dengar lagu nyanyian dorang sampai muntah hijau sekali pun terpulang la . Tapi , rasanya tak perlu la kot korang nak lebih-lebih . Sampai nak nama pun bertukar . Gambar artis penuh kat dinding . Alangkah bagusnya kalau korang tampal je gambar mak bapak korang sampai penuh satu bilik tu . At least korang takut sikit nak buat jahat kan bila duduk dalam bilik tu . Yela , nak buat tu ini alih-alih nampak muka mak bapak . Terus terbantut niat jahat korang . 

Korang mesti nak cakap aku pun sama kan ? Ikut la korang nak cakap apa pun . Yang mana kenal aku tu tahu la sama ada aku nie jenis taksub dengan artis ke tak . Pasal korea bagi aku is zero . Aku memang tak minat dengan korea nie . Setakat nak tengok macam tu je boleh . Kalau nak lebih-lebih pada aku macam tak ada makna apa pun . Sorry kalau entry aku nie ada buat sesape terasa . Aku cuma nak berkongsi dan mengingat kan . Selamat Beramal . Sekian !




No comments:

 
© IeykaShahidan