Saturday, February 11, 2012

Hukum potong kuku dan rambut ketika haid .

Assalamualaikum . . .


Korang semua pernah dengar tak pasal potong kuku atau rambut ketika haid tu tak boleh . Bila dah potong kena mandi wajib sekali dengan rambut dan kuku tu . Aku dulu masa zaman sekolah pernah la ada kawan aku bagitahu tak boleh nak potong kuku masa haid . Kalau sikat rambut pulak ada yang gugur tu kena kutip . Simpan lepas tu nanti bila dah habis haid kena mandi wajib sekali dengan rambut yang gugur tu dan kuku yang kita dah potong masa haid tu . 

Tapi , aku sekali pun tak pernah nak simpan kuku tu kalau dah potong masa haid . Sebabnya aku fikir tak salah kalau kita jaga kebersihan . Tak kan la kalau dah haid nak biar je kuku kita tu panjang kan ? Jijik kan ! Dah la panjang lepas tu nanti makan nasi segala kuman-kuman masuk dalam perut kita . Eeeii ~ memang ternak kuman pulak dalam perut tu . Nak jadi penternak yang berjaya la tu . Bila dah sakit diri sendiri jugak yang susah . Betul tak ? 

Pernah je aku potong kuku aku masa haid depan kawan-kawan . Sampai dorang tegur cakap tak boleh . Tapi , aku buat tak tahu je dengan apa yang dorang cakap . Tak ada salahnya kalau nak jaga kebersihan . Betul tak . Tapi , sekarang bila dah meningkat umur makin matang sikit . Bertambah pulak aku terbaca satu persoalan nie . Memang terbaik sangat la . So , segala persoalan yang selama nie bermain kat fikiran aku akhirnya terjawab . 

Okay ! Korang tengok la sendiri gambar yang aku sediakan untuk korang semua nie . Kenyataannya ! Tengok dan baca okay ! 





Haa , dah terjawab kan ? Kiranya selama nie aku buat semua tu tak ada salahnya la kan . Nasib la aku nie tak ikut je cakap orang . Kalau tak dhaif yang aku dapat . Huhu . Tapi , kadang-kadang cakap orang pun ada benarnya jugak . Terpulang dekat kita sendiri untuk menilai sebuah kebenaran tu . Semoga kita semua bijak dalam mencari sebuah kebenaran . Jangan mudah percaya cakap orang tanpa tahu kebenarannya . Selamat beramal . Sekian !



4 comments:

Princess Syazliyana said...

Nseb baik.. haha.. takot tadi><

HeyFatso said...

huh~ haha *selalu buat macm tu jugak . nasib baik xD

Leya said...

Nice info , memang keliru pun selama nie :) Nasib tak dosa .

idea semulajadi said...

thanks 4 d info~ selama nie kdg2 ikut kdg2 xikut jgk~ sebab x slese la bile kuku pjg~

 
© IeykaShahidan