Tuesday, February 28, 2012

Miss You A Lot !!



Assalamualaikum . .

Hari ini aku dengan kawan-kawan makan sama-sama lagi sempena celebrate birthday Miza yang ke 21 . Macam biasa kitorang makan kat tempat yang biasa kitorang makan . Selesai makan kitorang pun masing-masing dengan hala tuju kitorang sendiri . Yang mana stay dekat rumah sewa terus la balik rumah . Yang stay kat hostel nie kitorang on the way balik asrama terus tiba-tiba tergerak hati nak lepak kat pantai . Bab lepak kat pantai next entry aku akan cerita . Sekarang aku nak cerita pasal sesuatu yang aku terjumpa tengah jalan . Sampaikan sekarang nie aku terbayang dan teringat kan dia . Rindu sangat dekat dia . Terfikir jugak untuk call dan cakap-cakap dengan dia . Tapi , benda tu macam gila la pulak kalau aku buat . Mana la dia boleh cakap dengan aku . Tak pe la , hanya Allah je yang tahu betapa rindunya aku pada dia . Balik je bilik aku buka laptop . Then , buka la folder yang penuh dengan gambar dia dan family dia . Cute sangat ! Menitis jugak la air mata aku bila tengok gambar dorang nie . Kalau la aku boleh jumpa dorang . Aku nak peluk dorang . Nak manja-manja dengan dia dan family dia yang lain . 

Ya Allah , aku rindu pada hambamu itu ! Izinkan aku mimpikan dia untuk malam ini . Biar pun aku tak dapat untuk bersua muka dan bercakap dengan hambamu itu . 

Nak tahu tak siapa mereka nie ? Tarik nafas panjang ye ! Tengok je gambar at bawah nie . Jangan terkejut taw . Sebab mereka nie sangat comel ! 

TARAAAA~~~ 


He's my MR. DABBOO !!! Lain dari yang lain because bulu dia sangat panjang tapi tak la gebu macam kucing parsi . Maybe ikut nenek moyang dia dulu kot . Ibu tak pulak bulu panjang . Dia nie bestfren kepada NARNIA . Manja jugak macam narnia . Kucing jantan yang tak macam jantan . Aku panggil dia Pondey ! Sebab macam kucing betina je manja dia . Sangat berat dan gemuk . Kalau bab makan fulamak !! Macam jugak si narnia ! Kuat makan !

My Miss NARNIA aka DAMIA QAISARA (bak kata abg aku la kan) . . Narnia nie anak MISSY (kucing yang aku ambik dekat hospital) Sayangnya lepas je aku balik ke Terengganu . Missy pun membawa diri tinggalkan anaknya . So, Narnia nie sangat special in my family . Dilayan seperti baby (anak orang) . Diberi susu dan makan . Akhirnya dia membesar dengan baik dan sangat manja . Love U Damn Much Narnia . !

Inila aksi yang biasa dilakukan oleh Narnia dan Dabboo~ Pantang jumpa ada je kerja . Bila sekali tengok macam budak kecik je . Kuat main ! Habis barang-barang kat rumah jadi bahan dorang nie . Best tengok gelagat dorang nie main . 

Ini pulak MR.PUTEH ! Ini baru la jantan sebab nya liar betul dia nie . Kalau nak main dengan dia sikit punya susah . Tapi , sekarang dah makin jinak sikit dah . Masa aku mula-mula balik susah jugak la kan nak tangkap dia . Ikut jugak macam mak dia warna putih ! Keturunan asal dia memang putih dan bulu panjang .

Ini pulak namanya MISS COCO . Susah betul nak ambik gambar dia . Pemalu mungkin . So, gambar belakang jela yang aku mampu ambik . Huhuhu

Kalau korang masih ingat dulu aku ada buat post pasal STOKIN . So, ini la dia . Dah tua pun sekarang nie . Dulu kecik-kecik comel je bila dah tua nie muka pun macam mak je . Sikit hari lagi dapat la anak tu . Sekarang pun dah menggatai dah . Dia nie dari kecik sampai tua perangai pelik . Unik sangat ! Whatever it is , till now im still love it !


Pabila Mr. Dabboo bergabung dengan Miss Stokin . Ini la yang jadi . Sebenarnya Stokin tu malas nak melayan dabboo . Paksa rela tu melayan sebab tu la sampai tido ! Dabboo tak de kawan bila Narnia menghilangkan diri . 


Okay ! Mereka nie la yang menyerikan hidup aku kat rumah . Kalau ikutkan hati aku nak je bawah datang Terengganu tapi fikirkan balik nanti susah pulak nak jaga bila aku sibuk dengan kelas . Rindu kot dengan dorang nie . One more thing aku nak bagitahu aku ambik gambar nie masa aku tengah terasa hati dengan Mr.Cat aku tu . Hehehe . Dah jiwa pun tengah kacau masa tu aku pun lepak jela dengan kucing aku . Penyeri hidup la katakan . Alhamdulillah sekarang aku dengan Mr.Cat dah tak ada masalah . Dulu tu aku je fikir bukan-bukan . Tak pe , even aku tak dapat cakap dengan kucing-kucing aku tapi dapat cakap dengan Mr.Cat aku pun dah cukup . Hahaha ! Gatai ! 

Ini jela yang aku nak cerita . Kesimpulan dari cerita nie aku nak simpul kan yang aku nie memang minat gila dengan kucing . Dan sangat sayangkan kucing-kucing aku . Aku akan pastikan kucing aku sentiasa bersih dan sihat . Kotor or busuk sikit pun aku akan bagi mandi biar wangi . Penyayangkan aku . Okay perasan ! Tapi , betul la kan . Kalau korang ada anak mesti korang jaga baik punya kan . So , macam tu jugak aku . Tak kira la dia binatang ke apa ke aku tetap akan jaga baik-baik . Ganjaran pahala yang besar kan ? 

Till end , salam rindu dari jauh untuk kucing2 aku di rumah . See you on this coming april . Boleh celebrate birthday dekat rumah ! Yeayyy!! Sekian ! 

 P/s: Who's Mr.Cat?? Rahsia . .haha 






No comments:

 
© IeykaShahidan