Thursday, February 2, 2012

Mencari Sinar Kebahagiaan

Sakit , terluka dan terguris hati ini tatkala cinta yang sering kita dambakan selama ini tidak dihargai oleh insan yang kita gelarkan kekasih hati . Memang sukar juga untuk kita yang hanya insan biasa untuk melupakan insan yang telah lama kita sayang . Namun , kita harus terima hakikat bahawa dia bukan ditakdirkan untuk kita . Walaupun kita sayang , kasih dan cintakan dia andai takdir kata kan tidak pada hal sedemikian maka terputus jua kasih yang selama ini kita anggap indah . 



Memang mudah juga sekiranya orang yang tidak memahami isi hati kita memberikan nasihat supaya melupakan dan memulakan hidup yang baru . Yang sakitnya siapa ? Aku ke dia ? Yang terlukanya siapa ? Aku atau dia ? Mampu ke dia hadapi semua ini seperti aku cuba tabah untuk meneruskan kehidupan ini tanpa insan yang digelar kekasih lagi . Andai dia yang selalu memberikan nasihat itu paham isi hati aku apamungkin dia juga turut menasihati dirinya agar tabah menghadapi dugaan ini . Sukarkan ? 



Benarlah kata orang kalau jodoh tidak ke mana . Tapi ,tidakkah kamu terfikir bahawa jodoh kita itu ada bersama dia . Cuma kita sendiri yang tidak tahu untuk menghargainya . Apabila dia sudah pergi pelbagai andaian kita lemparkan untuk menenangkan hati yang kian lara . Bukan mudah jua untuk kita melepaskan dia pergi menjauh dari sisi kita . Selama ini dia yang sering di sisi menemani hari-hari yang penuh liku tapi, setelah dia pergi tidakkah kita terasa kehilangan dan sunyi . Penat untuk hati kita terus dilukai . Sampai suatu tahap hati kita ini tidak mungkin dapat menerima sebarang cinta lagi . Tidakkah kamu sudah sampai ke tahap ini . Penat kan ? 


Sakit bermain api cinta . Azab sebenarnya jika cinta yang didambakan setiap hari kian lenyap di bawa arus angin yang bukan lagi milik kita . Dan dikala itu kita hanya mampu untuk bisikkan di hati supaya tabah mengharunginya bersendirian . Rindu tak tertanggung lagi pabila insan yang kita sayang pergi meninggalkan kita dalam kesakitan . Yang hanya kita mampu lakukan untuk menghentikan rindu dengan menitipkan doa supaya dia bahagia hendakNya disamping insan yang dia sayang . Angin rindu , sampaikan lah salam rindu pada hati ini padanya agar dia tahu aku sentiasa mengingatinya . Sejuta kali sayang aku simpan dalam hati dan biarlah ia membeku sendiri sebelum aku menemui cinta yang baru .


Dulu dia sering berpesan supaya aku tidak akan meninggalkan dirinya . Dan aku cuba untuk pertahankan janji yang aku taburkan padanya untuk sentiasa bersamanya . Namun , badai datang melanda tanpa aku sedari . Hari-hari yang aku lalui selama ini hanya sia-sia tanpa dirinya lagi di sisi yang sering menceriakan hati aku . Mungkin tidak siapa peduli tentang luka dihati walaupun luarannya hanya terukir kegembiraan tapi dalaman hanya diulit sepi dan kepiluan yang sentiasa menemani aku seharian tatkala aku teringat dan merindui belaian darinya . 




Mungkin kini sudah tiba saatnya aku terus melupakan segala kisah cinta ini demi kebahagiaan selama ini yang dicari oleh dirinya sendiri . Biarkan kisah cinta , rindu dan kasih ini terkubur dalam jasad yang aku pikul selama ini . Cuma satu pintaku , dan aku mohon agar aku terus mengabadikan kenangan kita bersama sebagai sebuah memori terindah yang pernah terukir sejenak hidup aku ini . Mungin suatu hari nanti aku akan datang membawa perkabaran yang menggembirakan kamu . Dan di akhir kata ini , izinkan aku membawa diri buat selamanya dan mengharap agar suatu hari nanti mentari akan muncul lagi menemani cinta kita . Walaupun tidak di dunia ini .

1 comment:

Unknown said...

ada kelas, ternyata kita sering mengharapkan namun selalunya harapan hanyalah tinggal harapan.dalam menaruh harapan inilah selalunya terjadi sesuatu. teruskan nukilan seperti ini yang pasti meninggalkan kesan. syabas

 
© IeykaShahidan