
Miracle Of Love . ❤
Cinta? Datang dalam diri tanpa disedari. Memberikan ketenangan dan menjanjikan kebahagiaan. Walau si dia tak sehebat apa yang di impikan. Walau si dia tak setampan seperti bayangan jejaka tampan khayalan yang selalu di mimpikan. Akan tetapi, sang kekasih tetap juga berjaya menakluk hati dan sentiasa tenang di samping si dia. Ajaib kan?
Hadir sang cinta tatkala hati berduka dan berikan keriangan. Kembalikan senyuman. Walau ramai sahabat cuba hiburkan hati lara. Walau ramai teman cuba kembalikan senyuman. Akan tetapi hadirnya si dia seakan satu sinar baru dalam kehidupan. Memberi kekuatan. Memberikan semangat. Untuk terus tersenyum ceria.
Itulah ajaibnya cinta! Cinta mampu mengubah kehidupan seseorang. Samada baik mahupun tidak. Kita punya akal waras untuk berfikir kemana hala tuju dan corak cinta yang kita bina. Jangan kerana cinta kita alpa dan bodoh. Jangan kerana cinta kita terkorban dan menjadi mangsa sang jejaka sebagai pemuas nafsu.
Cinta itu fitrah manusia. Cinta itu suci. Perlu dijaga dan disemai supaya cinta terus mekar indah. Jangan sesekali kita khianati cinta. Jangan sesekali kita dustai cinta. Baik dari perbuatan mahupun percakapan.
p/s: Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama yang ada padamu, maka hilanglah cintaku padamu.. ❤





























![[26] “ Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji; dan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. ”
Al-Quran Surah An-nur ayat 26 : 24
“Women impure are for men impure and men impure are for women impure; and women of purity are for men of purity, and men of purity are for women of purity: these are not affected by what people say: for them there is forgiveness, and a provision honourable.”
Holy Quran Surah an-Nur verse 26 : Chapter 24](http://25.media.tumblr.com/tumblr_lt07mnvoGK1ql1dtoo1_500.jpg)





