Monday, January 9, 2012

Berharap . .

Tak perlu lagi untuk mengharap sesuatu yang belum pasti untuk menjadi milik kita . Dan aku tak mahu lagi untuk memberikan sebarang harapan . Biarkan aku untuk terus hidup dalam dunia aku sendiri kerana kini aku sudah temui kebahagiaan aku sendiri walaupun tak punyai cinta . Cinta bukan penentu untuk seorang itu kecapi kebahagiaan . Walau beribu tahun sekali kau terus tunggu aku namun jawapan yang pasti aku jelaskan . Aku tak mungkin sesekali menerima kau . MUKTAMAD ! ! Memang aku kejam . So what ? Kalau aku terus fikir pasal hati orang lain tapi ada ke korang nak jaga hati aku . Of course la tak kan .



Ahh . Aku tahu kau dah almost 6 years waiting for my answer . Ye, memang aku pernah cakap yang aku sayang kau . Tapi, kau belum dengar segala penjelasan yang lebih lagi kau dah buat kesimpulan sendiri . So, di sini aku akan explain everything . Aku memang tak ada perasaan untuk sayang kau lebih dari seorang kawan . Hati aku tetap milik orang lain dulu sehingga kini . Kau mungkin tak akan percaya . Dan mungkin jua kau akan cakap "mulut boleh menipu tapi mata ieyka tak boleh nak tipu" . Who's know ? Aku bukan nak psyco mental aku untuk menolak dari terus menerima cinta . Tapi dah memang hakikat sebenar pun yang aku belum ready untuk temui cinta dan belum tiba masanya untuk aku cari pengganti kepada insan yang begitu aku sayang . Kau pun tahu siapa dia . Tak perlu la untuk aku jelaskan lagi .



Aku bertindak kasar dengan kau cuma untuk buat kau benci pada aku . Aku tak nak buat kau terus untuk berharap pada aku . Aku tak nak dan tak mungkin untuk aku bersama kau . Mahu ke kau bersama aku walau kau tahu hati aku bukan untuk kau . Tidakkah kau akan terasa dengan segalanya . Nak ke kau terima aku walau kau tahu aku tak sepenuhnya untuk mencintaimu . Aku harap kau paham apa yang aku cuba sampaikan . Bermacam cara telah aku lakukan selama ini tapi kenapa kau tetap masih mengharap pada aku . Apa yang kau mahukan dari aku . Sebab apa kau terlalu mengharapkan aku . Tolong lah hentikan segala pengharapan kau terhadap aku . 



Maafkan aku kalau entry aku nie buat kau terkilan dengan aku . Tapi aku dah penat sebenarnya untuk menjaga hati . Asyik aku je nak jaga hati semua orang tapi hati aku siapa pulak yang nak jaga . Kau? Jangan harap . Konon kau care pasal aku . Konon kau tak nak tengok aku sedih tapi kau tahu tak tindakan kau yang always ambik tahu pasal aku tu buat aku rimas . Aku tak suka orang stalk aku . Apa-apa update kau like kau komen . Aku rimas okay ! Kau pernah bagitahu yang kau tak sukakan persaingan kan? So, kau tak perlu bersaing lagi . Aku reject kau terus dari hidup aku . Kejam kan? Maaf ! Harap kau paham dengan apa yang aku luahkan disini . Please stop stalking me like a crazy man okay . Tak perlu nak gila-gilakan aku sangat . Kau dah dapat jawapan dari aku kan . Okay, you can always be my friend but please do not mess me anymore okay . 


No comments:

 
© IeykaShahidan