Sunday, January 1, 2012

Two O Twelve~!!

Assalamualaikum....
Hye Peeps.....

Wishing u beautiful happy new year~!!

Beautiful Happy New Year 2012 in Different Styles


Bila cakap pasal tahun baru mesti semua akan fikir kan apa AZAM BARU... Secara logik akalnya, setiap tahun aku tak pernah pun ada azam pape bila menjelangnya NEW YEAR... But, im just hoping to get better from year to year... Kalau aku berazam sekali pun belum tentu benda tu akan aku kecapi... Kalau dah berazam bagai nak rak tetibe tak menjadi hati parah jugak kan? KECEWA~!! So, tak perlu la nak berazam apa2....Cuma harapan je yang aku ingin kongsikan di sini.....


♡ Melupakan segala kenangan pahit dan duka yang telah terjadi sepanjang 2011.... Siapa yang tahu kisah aku masa 2011 memang sangat perit dan amat sukar untuk aku telan segalanya seorang diri... Ada jugak antara mereka yang tanya "macam mana kau handle semua nie seorang diri". Memang perit tapi, sama ada nak atau tak je aku terpaksa jugak telan semua tu...Punca nya datang dari aku jugak...Apa pun yang dah jadi biar aku saja menanggung akibat dia nanti...

♡ Mengumpul segala coretan hidup yang terindah di sepanjang 2012. Aku mahukan kebahagiaan ini akan terus berpanjangan sehingga akhir usia aku... Walaupun aku tahu sometimes tak semua kebahagiaan itu akan aku kecapi... Tapi, macam mana sekali pun aku akan cuba untuk mengelak dari terjadinya sesuatu yang aku sendiri tidak inginkan....

♡ Memberikan segala kebahagiaan yang sepatutnya menjadi milik insan-insan yang aku sayangi... Memberikan segala kasih sayang kepada mereka agar mereka akan terus berbangga dengan aku...

♡ Ingin terus berjaya dalam setiap bidang yang aku ceburi....

♡ Membuktikan kepada insan-insan yang hina aku bahawa aku tidak selemah yang di sangkakan...aku mampu untuk berjaya~!!


Itu aje yang saya mampu mengharapkan... Mulai hari ini aku kuburkan segala keperitan dan kesakitan hidup yang aku tanggung selama ini... Dan aku akan buka buku baru dengan kehidupan yang baru....



No comments:

 
© IeykaShahidan