Monday, January 9, 2012

Keputusan Hati


Assalamualaikum . . . 


Sangat sukar bagi aku disaat ini . . Memang aku bahagia dilepaskan tapi dalam masa yang sama aku terluka kerana . . . . . 

  • Aku rasa, aku begitu banyak kelemahan. Aku banyak buat silap. Aku banyak dosa.
  • Aku telah buat banyak perkara yang menyakiti hati. Menyakiti dan melukai hati orang lain. Tanpa aku sedari barangkali…
  • Entahlah, walaupun tiada niat sikitpun dihati ini untuk menyakiti hati sesiapa pun. Tapi dek kerana kelemahan dan kekurangan, ada orang telah terluka hati. Terluka hati kerana aku. Kerana  kelemahan dan ke tidak perihatinan diri aku.
  • Walau aku rasa, diri aku tidak bersalah. Namun bagi pihak orang yang terluka, akulah orang yang paling bersalah. Akulah yang patut dipersalahkan…sepenuhnya.
  • Tidak, tidak, aku tidak ingin membicarakan siapa salah atau siapa betul? Aku bukan mahu menegakkan benang yang basah. Bukan ingin menagih simpati. Bukan begitu niatku.
  • Aku sedar, aku akui, aku terima hakikat, memang aku telah buat orang terluka. Luka yang dalam. Tersangat dalam mungkin…barangkali.
  • Mampukah aku mengubati hati yang dilukai??? Bolehkah aku rawati hati yang dilunyai???
  • Aduhai lemahnya diriku. Bercakap pandai, nak buat  tak tahu. Menulis hebat, nak ambil tindakan, lesu dan layu.
  • Lagak aku seperti counselor, petah berbicara, pendapat diminta sentiasa. Namun, rupanya aku juga punya masalah yang sukar dicerita.
  • Hati  yang dilukai, bolehkah dirawati?
  • Cukupkah hanya perkataan maaf disebut dan diucap berulangkali? Terubatkah hati dengan ucapan ampun maaf ikhlas dari hati?
  • Atau kemaafan diberi, namun hati yang dilukai tidak pernah melupai. Kemaafan diberi, namun parut dihati kekal abadi?
  • Aku terus bermuhasabah mahu koreksi diri, perbaiki diri. Mahu ubati hati yang dilukai.
  • Namun hingga saat ini, tiada lagi jalan yang aku temui…
  • Aduhai…sukar sungguh hidup ini…

Awak, saya tahu awak terluka . . Maafkan saya atas apa yang dah terjadi . . Saya biarkan masa yang tentukan segalanya . . Andai jodoh kita kuat kita akan bersatu kembali . . Trust me~  

No comments:

 
© IeykaShahidan