Tuesday, January 3, 2012

Coretan Terakhir Buat Dirimu...


Assalamualaikum.....


Awak, tahu tak saya terluka kerana awak . Dulu masa saya sayang awak kenapa awak tak tahu nak hargai saya . Kenapa sekarang awak datang dan cuba untuk ingatkan saya tentang kenangan dulu . Hati saya sakit sangat . Awak tahu tak 6 bulan awak saya tunggu awak . Memang dalam masa tu saya tak hubungi awak . Saya rindu sangat dekat awak masa tu . Hanya tuhan saja tahu betapa rindunya saya pada awak . Masa tu saya hanya mampu baca balik je entry yang saya post masa saat-saat kita bahagia dulu . Awak tahu tak, sebelum kita putus saya ada rancang unuk buat suprise pada awak . Saya dah pakat dengan syarikat yang uruskan pasal hadiah ini untuk rahsiakan segalanya dari awak . Kitorang dah bincang untuk postkan hadiah tu supaya sampai pada 22 Ogos 2011 . Sempena ulang tahun hubungan kita kan awak . Awak ingat lagikan tarikh tu . Tapi, malangnya awak tinggalkan saya sebelum tiba tarikh yang biasa kita tunggu setahun sebelumnya . Awak marah saya . Awak hina saya . Awak maki saya . Kejamkan awak masa tu dengan saya .


Sebulan awak saya menangis sebab pemergian awak tu . Awak tahukan yang saya sayang awak sorang je . Tapi, kenapa awak tinggal saya . Awak tahukan saya takkan kuat kalau awak tak ada dekat sisi saya . Awak tahukan saya tak mampu hidup tanpa awak . Awak tahukan saya tak sanggup kehilangan awak . Kenapa awak sanggup tinggalkan saya . Saya sedih awak . Hidup saya terumbang ambing tanpa awak . Setiap hari saya tunggu SMS dari awak . Setiap hari saya tunggu CALL dari awak . Saya rindu nak siar-siar dengan awak . Awak saja yang faham saya . Apa saja karenah saya awak sanggup layan saya . Pernah awak merungut pada saya dan nasihat supaya jangan jadi macam kanak-kanak sangat . Tapi, awak sudi juga layan kan . Awak tahu saya manjakan . Apa-apa sikit saya mengadu pada awak . Sikit-sikit minta tolong dari awak  walaupun benda tu saya mampu buat sendiri . 



Kenapa awak kejam . Kenapa awak tinggalkan saya disaat saya masih perlukan awak . Apa silapnya saya . Apa kurangnya saya di mata awak . Awak tahu tak saya dah tak mampu nak berdepan lagi dengan awak selepas awak tinggalkan saya . Saya kesal sangat dengan apa yang terjadi . Awak cakap saya ego . Tak tahu nak bersabar dengan awak . Betul ke awak? Selama setahun awak, saya tunggu saat untuk berada samping dengan awak . Kita pernah berjanjikan dulu untuk belajar dekat tempat yang sama . Sebab awak nak terus jaga saya . Dulu, saya sakit awak jaga dan awak rawat saya . Awak terluka kalau tengok saya sakit . Awak sanggup redah hujan semata-mata nak datang jumpa saya masa saya sakit dulu . Awak datang bawa makanan kesukaan saya . Awak paksa saya makan ubat walaupun awak tahu saya susah nak makan ubat . 



Saya degil kan awak? Tapi, degil-degil saya pun awak tetap bersabar dan tahu macam mana nak buang degil saya tu . Awak, saya yang sekarang dah tak macam dulu . Dulu saya tak pernah nak cakap kasar dengan orang . Lepas awak tinggal saya hati saya semakin keras . Saya semakin kasar . Kalau dulu, saya terkasar bahasa sikit pun awak dah marah-marah saya .Tapi, sekarang tak ada siapa nak marah dan nasihat macam awak buat suatu ketika dulu . Tak ada siapa juga yang sanggup layan karenah saya dan jaga saya kalau saya sakit . Dulu, kalau saya sedih awak akan tahu sendiri . Hati awak cukup kuatkan untuk kesan setiap masalah yang saya hadapi . Sekarang, segalanya dah terkuburkan?

Awak, ingat lagi tak masa kita bersiar-siar dan jalan-jalan dulu . Sehariankan kita jalan-jalan . Awak bawa saja ke mana yang saya nak pergi . Jauh ke dekat ke awak bawa je . Semua tempat awak bawa . Pantai . Taman Bunga . Tengok Wayang . Makan kat tepi laut . Banyak awak habiskan duit untuk saya tapi awak tak merungut pun . Awak penuhi setiap keinginan saya . Setiap tempat yang kita pergi mesti kita akan ambik gambar bersama untuk disimpan sebagai kenangankan? Banyak sangat gambar kita kan dulu . Kalau orang tengok pun nak muak kan awak . Seharian bersama awak memang tak cukup bagi saya kalau nak bandingkan rindu yang tersimpan setelah berbulan-bulan kita tak bersua muka . Masa awak nak hantar saya balik saya nangiskan . Awak sapu air mata kat pipi dan cakap "sayang, jangan menangis lagi ye". Awak tahukan kenapa saya menangis . Dan saya juga tahu awak sedih nak berjauhan dengan saya . Tapi, macam mana sekali pun saya terpaksa juga tinggal awak disana demi mengejar masa depan saya di sini .

Awak, saya rindu sangat saat awak kejut saya pagi-pagi dengan ucapan romantis awak seperti dulu . Saya rindu jugak nak jalan-jalan dengan awak . Awak genggam tangan saya . Rindu tengok muka bengang awak kalau ada laki lain pandang-pandang dan cuba mengorat saya . Saya tahu awak cemburu kan? 

Sekarang segalanya dah jadi kenangan bagi kita . Kita tak mungkin akan bersama lagi . Mungkin silap saya juga kerana dah mengeruhkan lagi keadaan semasa kita gaduh dulu . Saya bagitahu family saya . Saya bagitahu family awak . Dan sekarang family saya dah benci awak dan family awak bertambah-tambah benci pada saya kan? Keaadan dah bertambah buruk sekarang ini . Awak, izinkan saya padamkan segala kenangan yang telah terukir indah di hati sepanjang perhubungan kita. Tak akan sesekali saya ingat lagi semua kenangan tu . Biarlah kenangan itu berlalu pergi bersama angin rindu ini . Usah dikenang lagi . Saya tak mampu lagi untuk mengingati segalanya kerana hati ini akan terluka lagi . Izinkan saya mencari kebahagiaan saya sendiri walaupun tak bersama awak lagi . Jangan awak nak sesali dengan apa yang sudah terjadi .


p/s:: maaf andai coretan ini mengguris hati awak my capital A...whatever it is, i'll always be with you...


No comments:

 
© IeykaShahidan