Sunday, January 1, 2012

Terdiam Seketika..




Dengan lafaz bismillah aku memulakan langkah yang lemah ini melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Entah apa yang aku mampu jawab aku pun tak pasti. Saat aku membuka soalan. Adoiiii~~ How to answer all this question. Memang la kan ada beberapa soalan tu memang aku dah pernah jawab tapi entah la. Disebabkan dengan kepala yang pening-pening. Badan yang masih lemah akhirnya aku terpaksa akur yang aku tak mampu nak menjawab soalan yang diberikan dengan sebaik mungkin. 20 soalan subjektif short essay dan 1 soalan full essay memang mencabar keupayaan aku pada hari ini. Hampir separuh soalan aku biarkan dengan kosong. 

ARGHHH~~~!! apa yang aku dah buat nie? Seriously kepala aku memang blank masa dapat soalan. Hanya nasib aku mungkin agak baik kerana ada beberapa soalan yang markah besar aku mampu menjawab. Ini pun kerana lecturer aku pernah memberikan assignment yang soalannya memang sama. Fuhhh~ tarik nafas lega seketika....

Kini, aku biarkan saja segala ketakutan dan kerisauan aku pada paper tadi terjawab nanti. Aku tak nak ingat lagi tentang ini. Yang aku ingin fokuskan adalah paper yang seterusnya esok. TEKNIK PEMISAHAN DALAM KIMIA ANALISIS. Paper yang agak mencabar jugak. Pape pun aku mengharapkan yang aku mampu untuk menjawab paper esok seperti mana aku dapat menjawab semasa test dulu. Yang berlalu biarkan terus berlalu. Pastikan yang akan datang lebih baik.



No comments:

 
© IeykaShahidan