Tuesday, January 3, 2012

Tolong Ingatkan Aku...

Stay up . . Stay up . . Dan terus stay up for every single day . . And now mata sudah jadi panda . . Muka dah jadi macam zombie . . Kepala sudah masuk air tahap kritikal . . Gara-gara not enough rest . . Memang terbaik la kan . . Makan entah kemana . . Tidur pun tak tentu arah masanya . . Bilik aku macam tongkang pecah sudah . . Kini library jadi kesukaan aku . . Almost 24 hours aku dekat library for every day . . Library ku rumah ku . . 

Berkorban apa jua masa yang ada semata-mata untuk final . . Dengan harapan aku nak buktikan pada semua yang hina aku dulu bahawa aku tak sebodoh yang disangka . . Memang la dulu aku pernah gagal . . Aku gagal pun sebab kau juga kan . . Kau yang terus-terus ganggu masa study aku . . Dan kali ini aku nak tebus balik apa yang telah aku buat dulu . . Mungkin dulu aku bodoh kerana dengar cakap kau . . Tapi, kini aku bebas . . Bebas untuk menentukan masa aku sendiri . . 

Segala yang telah terjadi dulu aku sangat kesal . . Kerana cinta aku lalai . . Sehingga aku kecewakan keluarga aku . . Jahatkan aku . . Ye, kali ini aku bangun dan aku akan teruskan segalanya disini dengan sejuta harapan yang aku akan pastikan menjadi milik aku kelak . . Memang aku tak sebijak yang lain . . Tapi, bukan bermaksud aku akan gagal kalau tak sebijak mereka . . Aku juga manusia seperti mereka . . Mengapa mereka boleh sedangkan aku tidak . .

Jangan katakan tidak sebelum berusaha . . Jangan pernah mengalah sebelum perjuang . . Perjuangan aku masih panjang . . Dan aku perlukan sejuta kekuatan untuk teruskan perjuangan suci ini . . Bantulah aku untuk teruskan perjuangan ini dan pastikanlah aku juga berjaya seperti mereka . . Pimpin aku ke arah kejayaan yang menggembirakan aku . . 


To all my friends....

Awak . . Ingatkan saya andai saya leka . . Ingatkan saya andai saya lalai dengan tanggungjawab ini . . Bawalah saya pergi bersama awak andai awak berjaya . . Jangan biarkan saya jatuh untuk kali kedua . . Awak jangan biar saya lemah lagi ye . . Awak jaga saya sampai saya berjaya . . Kalau awak berjaya, awak pun kena pastikan saya berjaya juga okay . . Janji ye awak!! Kita akan grad sama-sama nanti . . Kita akan sama-sama ambik gambar masa konvo nanti . . Jom awak . . Kita study . . Esok ada exam lagi . . Paper KIMIA KINETIK!! Good Luck!! 












No comments:

 
© IeykaShahidan