Tuesday, January 17, 2012

Keliru . .

Sangat sukar untuk aku membuat pilihan . Dan tak pula aku sanggup untuk melukakan hati dua insan yang telah banyak membantu aku . Dua hati yang perlu aku jaga . Dua hati yang sentiasa sayang pada aku . Aku juga sayang pada dua hati ini . Aku berada di persimpangan . Andai aku pilih yang disana apa pula akan terjadi di sini . Apa yang harus aku lakukan . Aku buntu .



Di sana si dia yang telah lama aku cintai . Dan yang telah lama aku sayangi . Memang dia yang aku sayang . Memang dia yang aku harapkan untuk menjadi pendamping hidup aku . Tapi , dengan apa yang telah terjadi sebelum ini antara aku dan dia membuatkan aku takut untuk memilihnya . Ramai yang cakap "sekali dia tinggalkan kita tak mungkin suatu hari nanti dia akan tinggalkan kita lagi" . Erm , ada benar jugak . Aku memang betul-betul sayangkan dia tapi dalam masa yang sama aku takut untuk dikecewakan lagi . Luka lama masih belum sembuh .



Di sini pula seorang insan yang sangat baik . Yang selalu ada dengan aku . Selalu menemani hari-hari aku . Dan dia selalu menceriakan aku . Namun, untuk aku memberikan sepenuh hati aku kepadanya amat sukar kerana alasan yang sama . Takut untuk dikecewakan . Aku bukan tak percaya padanya . Tapi, kesan lama yang telah terguris di hati aku membuatkan aku belum mampu untuk bercinta lagi .


Bagaimana hendak aku berikan keputusan . Sedangkan dua hati ini amat bermakna dalam hidup aku . Aku tak sanggup untuk lukakan hati sesiapa . Baik di sana mahupun di sini . Aku tak nak kehilangan mereka . Aku

No comments:

 
© IeykaShahidan