Saturday, January 14, 2012

Sebalik Lagu . .

Assalamualaikum wbt. . 


Kalau korang selalu follow perkembangan blog aku nie mesti korang perasan yang aku selalu tukar lagu dekat blog . Masa mula-mula dulu aku letak dari DADALI - DISAAT AKU MENCINTAIMU . . Dah sekian lama tak tukar akhirnya aku tukar lagu letak lagu dari AUBURN-PERFECT TWO . Lepas tu aku tukar letak ZIZAN-MASA LALU. Dah bosan dengan lagu tu aku tukar pulak lagu KAU TIGAKAN CINTAKU dari ELKASIH .  Dah tu tukar lagi . Aku letak pulak lagu dari ACHA - KEPUTUSAN HATI . Dan sekarang aku letak lagu ARASH ft HELENA - BROKEN ANGLE .


Setiap lagu yang aku letak kat dalam blog nie memang penuh makna . Setiap lagu ada maksud tersendiri . Dan aku nie pulak jenis yang suka jadikan lagu sebagai bahan untuk aku ungkap segala isi hati . Tak cukup dengan blog lagu pulak jadi bahan aku . Kalau macam lagu orang dengar dan boleh menghiburkan . Kalau blog orang baca je . Kejap je dah boleh lupa . Aku suka jadikan lagu sebagai bahan untuk ungkap isi hati . Sebab bila kita dengar secara dasar memang la sebuah lagu . Tapi maksud tersirat bagi aku sangat bermakna sesebuah lagu tu . So, lepas nie kalau korang nak tahu apa yang ada dalam isi hati aku boleh la dengar je lagu yang aku update dekat blog .


Lagu Disaat Aku Mencintaimu . Lagu yang paling lama aku letak dekat dalam blog aku nie . Sebab nya memang ada banyak kisah dalam lagu nie . Almost one year aku letak lagu nie kat dalam blog . Memang sedih . Lagu nie jugak lagu favourite aku . Dan aku pernah bagi lagu nie dekat my EX sebelum nie . Masa aku dengar lagu nie dulu tak famous lagi . Masa tu radio pun tak pernah nak pasang lagu nie . Orang pun tak tahu . Aku nie kaki you tube . Selalu la kan cari lagu yang orang tak selalu dengar . Masa aku mula-mula dengar tu memang hati aku tengah parah sikit la . Kena pulak dengan video yang ada orang buat dan jadikan lagu nie sebagai background . Fuh, menangis jugak aku masa tu . Bila dah lama baru la famous lagu nie . Lagu nie memang sangat sedih . Sampai sekarang pun aku still akan ingat dekat ex aku bila dengar lagu ini . I ONLY LOVE HIM dari dulu hingga sekarang walaupun kitorang sekarang dah tak ada pape hubungan . 


Lepas tu pulak aku letak lagu Perfect Two . Lagu nie saja aku letak sebab nak menceriakan balik keadaan aku yang dah sekian lama aku sepi dan sedih . Dan masa tu jugak aku sebenarnya macam dah jumpa someone yang boleh jaga aku . Tapi . . hmm~ aku tak nak cakap banyak pasal benda nie . Teruskan dengar next lagu . Masa Lalu . Bila dah macam-macam keadaan jadi tetiba aku teringat pulak dekat ex aku masa tu . Memang aku tak pernah nak bagitahu sesiapa pun yang aku rindu sangat dekat ex aku . Korang bayangkan la bila korang dah jumpa someone yang baru dalam hidup . Tiba-tiba orang yang baru hadir tu tak boleh lagi baik dari ur ex . Mesti korang akan terasa something weird kan ? Macam tu jugak aku . Aku bukan nak compare tapi dah jadi hakikat kan . Nak kan someone yang more better than past . 


Next, Kau Tigakan Cintaku . Haa~ korang dah tahu kan apa yang dah jadi . Sebenarnya memang la tak ada yang curang tapi aku terasa la jugak kan . Kalau dah kata sayang sorang tu kenapa perlu nak berkasih sayang dengan orang lain lagi . Tak ke nama nye khianati pasangan sendiri . Terbayang pulak dekat ex . Masa aku dengan dia dulu dia tak pernah sekali pun nak layan perempuan lain lebih dari aku . One more thing pendirian dia tetap . Aku suka orang yang macam tu . Semakin hari hati aku makin sakit . Makin tak bahagia dengan orang baru nie . Hari-hari aku stress dan sedih .


Sebabkan aku dah makin tak boleh nak bertahan lama lagi . Aku mintak pendapat ramai orang untuk selesaikan segala kegelumitan dan kekusutan yang telah lama tersimpul . Dan akhirnya aku dah buat satu keputusan untuk tinggalkan dia . Sebab tu la munculnya lagu Keputusan Hati . Sebenarnya lirik dalam lagu nie tak ada kena mengena dengan aku . Tapi, lagu nie aku tuju khas untuk dia . Sebab dia memang tak boleh nak pilih aku atau dia . Kat sini dia cakap sayang dekat sana pun cakap sayang . Biar dia dengar lagu ini puas-puas . Aku sure dia tak pernah nak paham . Orang yang tak ada pendirian yang tetap mana mungkin boleh jaga hati orang dengan baik . Sorry to say .


Sekarang aku letak lagu Broken Angle . Memang aku feel lonely masa nie . Tapi, sebenarnya aku jatuh cinta dengan lagu nie bila first time dengar . Lagu ni kawan aku Farid yang bagi aku dengar . Lagu nie favourite lagu dia sebenarnya . Siap dekat blog dia pun lagu nie jugak . Bila dah lonely nie mula la terasa need someone untuk terus temani aku . Someone tu hanya aku tahu je siapa dia . Aku memang truely love him . And really hoping for being his only one . Deeply miss him . Tapi, macam mana pun aku dah tak mampu lagi untuk couple sebabnya aku takut untuk putus . Aku dengan someone nie pun dah cakap benda yang sama . Kitorang takut nak couple sebab takut putus . Kitorang memang sayang sama lain . Memang sangat mendalam . So, aku just doakan jodoh aku dengan dia kan terus berpanjangan .

1 comment:

 
© IeykaShahidan