Monday, January 9, 2012

Di mana kesudahannya . .

"Dah, aku tak perlukan kau lagi . Pergi kau dari hidup aku . Kau tak layak untuk aku . Jangan ganggu hidup aku lagi ."


Kata-kata itu masih terngiang di ingatan aku . Walaupun hari berganti hari . Bulan berganti bulan dan tahun bersilih ganti tanpa memikirkan tentang perasaan sesiapa . Tatkala aku terdiam bukan bermakna aku merelakan . Tapi, aku terpaksa . Bukan atas desakan sesiapa tapi atas dasar hati . Rela disakiti dan rela dilukai demi melihat kebahagiaan insan yang aku sayangi . Andai itu suratan yang perlu aku terima aku tetap akan terima . Di saat aku  ditinggalkan hati aku seakan dirobek dan jantung aku seakan di tusuk dengan sembilu yang tajam . Hanya berbekalkan iman yang tipis aku gagahi untuk teruskan kehidupan . Pedih . Pilu . Itu yang sentiasa menemani setiap langkah aku kini . 


" Apa cerita kau dengan dia . Masih bersama . Lamakan hubungan kau dan dia . Untung kau dapat BF macam dia ."

Ahh ! Hati aku makin terluka tatkala kawan-kawan datang mempersoalkan tentang hubungan aku . Bagaimana cara untuk aku terangkan bahawa aku dan dia tidak lagi bersama . Aku tak sanggup untuk ungkapkannya . Selama ini aku dan dia sangat bahagia . Saling mengambil berat dan saling menjaga sudah cukup untuk aku dan dia terasa bahagia bila disamping mahupun jauh aku berada . Tapi, siapa sangka hubungan yang tenang itu akhirnya berakhir jua . Sayang aku pada dia begitu mendalam dan begitu tebal untuk aku lenyapkan begitu saja . Mungkin dia cinta pertama aku . Sejenak aku terfikir apa salah yang telah aku lakukan sehingga aku ditinggalkan . 


" Awak, saya menyesal sebab tinggalkan awak . Saya sayang awak . "

" Sayang? . Kalau sayang kenapa awak tinggalkan saya? . "

" Saya tahu saya salah . Setiap manusia pernah lakukan kesilapankan? ."


Setelah sekian lama, kini kau hadir semula dalam hidup aku . Perlu lagi ke aku percaya cakap kau? . Kau tahu aku terluka . Kenapa kau tetap buat aku macam tu . Kau tak fikir langsung tentang hati dan perasaan aku . Aku tak percayakan kau lagi . Persetankan semua nie . Aku tak perlukan cinta dari kau lagi .  Selama kau pergi aku sangat merindui kau . Selama kau pergi hidup aku tak terjaga . Aku perlukan kau . Itu yang sebenarnya . 


Bukan aku tak pernah cuba untuk lupakan kau . Sudah berkali-kali aku cuba untuk dekati insan lain . Dan sudah berkali-kali juga aku cuba berikan sepenuh hati aku pada orang lain . Tapi, ternyata tak sama seperti aku serahkan hati aku pada kau . Aku sayang kau . Aku cintakan kau sampai mati . Tapi, kau tak faham . Kau fikir aku main-main dengan kau . Perbezaan umur kita mungkin kau anggap aku masih mentah dalam soal cinta . Dan mungkin saja kau anggap aku masih belum matang untuk menentukan setiap keputusan dalam kehidupan aku ini . Biarlah apa pun kau nak fikir tentang diri aku . Yang pasti hanya Tuhan saja yang tahu betapa dalamnya cinta aku dan betapa tulusnya keikhlasan aku menyayangi kau . 

" Awak, saya tahu awak tak percaya kan saya . Dan saya tahu awak masih terluka dengan saya . "

Haha . Geli pulak hati aku bila dengar dia cakap pasal semua ini . Kenapa dulu masa aku sayangkan kau , kau tak boleh nak hargai aku . Malah kau hina aku . Kau keji aku . Seolah-olah semua salah aku . Sekarang kau datang untuk membangkitkan semangat aku untuk terima kau . Aku memang akui masih sayangkan kau . Tapi untuk aku terima kau kembali memang susah aku nak buat . Sebab aku takut pisang berbuah dua kali . Biarlah kita terus berkawan .


" Baiklah ! Berikan saya tempoh 5 tahun untuk buktikan . Disaat itu awak akan jadi isteri saya . Saya akan buktikan yang saya memang ikhlas sayang awak . "


Terdiam . Bisu . Kelu lidah untuk berkata-kata . Benarkah apa yang aku dengar ? Serious ke dia terhadap aku . Dalam tak sedar sebutir mutiara jernih jatuh membasahi pipi . Di pandang sepi dia dengan wajah aku . Menangis kerana terharu . Aku akan tunggu saat itu . Memang itu yang aku harapkan selama ini . Tapi, mampu kah kau tunaikan janji kau ini terhadap aku . Mampu juga ke kau bertahan dengan kata-kata yang kau lontarkan pada aku ini . 



....................................................................................................................................................................




1 comment:

Anonymous said...

farra: perasaan memang kita susah nak jangka,, dan kata2 orang or janji2 memang susah nak dipercaya bila pernah disakiti, tapi ieka, i rase u patut bagi dia chance kot, kalau susah nak buat keputusan, banyak buat solat istikharah.. berdoa pada-Nya supaya u bole wat keputusan,. Allah lebih mengetahui,.tapi kalau ditakdirkan u takde jdoh dgn dye, jangan pernah menyesal, mungkin akan ade yang lebih baik utk u k.. =)

 
© IeykaShahidan