Saturday, December 31, 2011

Ombak Rindu.

Assalamualaikum.....


"Rinduku umpama ombak yang tak terhenti"
"Kasihmu bagaikan pantai yang sentiasa menanti"






Sinopsis Filem Ombak Rindu 

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?




....................................................................................................................................................................


Hati aku tertanya-tanya. Best sangat ke cerita OMBAK RINDU tu. Sampai ramai yang tergila-gilakan cerita tu. Memang la kan cerit tu adaptasi dari novel. Tapi, aku nie bukannya kaki novel yang nak pulak aku baca novel-novel kan? Aku la manusia paling tak berminat dengan novel. 


Macam sebelum nie aku cakap "alah, apa nak sedihkan sangat..filem je kot". Belagaknya aku kan? Belagak kononnya hati kental. Eceh~ Sekali malam tadi aku tergerak nak tengok cerita tu. Alamak aiii~!! Baru suku jalan cerita aku dah mengalir air mata. Haa, kan dah? Sebelum nie kau belagak sangat kan.

Sekali lagi cerita melayu yang meruntun jiwa aku. Sebelum nie cerita Lagenda Budak Setan. Tapi, kali ini tahap kritikal jugak la kan aku menangis tengok cerita nie. Seakan-akan terkena jugak la dengan kisah kehidupan aku. Memang tak sama tapi hampir sama la kan. 


Terbukti hati perempuan sangat lembut. Mana taknya, hati aku yang sebelum nie keras macam kerikil tiba-tiba boleh cair dengan cerita nie. Sekarang baru aku percaya cakap orang yang cerita nie best dan sedih. Satu lelaki dalam dua hati wanita? Kenapa macan kisah aku je. Betul kata "dia" cerita nie lebih kurang macam masalah yang aku dan dia hadapi.


Cuma yang tak pasti di mana keadaan aku dalam cerita ini. Seperti Mila (Lisa Surihani) atau pun seperti Izah (Maya Karin). Perlu ke aku bersabar dan tabah menghadapi semua ini seperti izah dengan merelakan dirinya di duakan. Atau perlukah aku menjadi seperti Mila dengan melepaskan insan yang dia cintai. Di manakah kesudahan permasalaham aku sekarang ini.


Benar kata-kata Mila dalam cerita ini. "Redha bermaksud ikhlas dan pasrah bermaksud terpaksa". Seringkali aku tengok dia meluahkan yang dia melepaskan orang yang dia sayang untuk aku. Tapi, ikhlas ke? Aku tahu isi hati nya. Susah untuk melepaskan orang yang kita sayang dengan ikhlas. Dulu, aku pernah di duakan dan kini berulang lagi. Memang benar kini orang yang aku sayang tak pindah ke hati yang lain tapi... Entah la kan. Mungkin siapa yang kenal aku dan tahu masalah aku ini, dia akan paham apa yang aku rasa.


Yang aku takut dan risaukan. "Pisang Berbuah Dua Kali". Semakin hari permasalahan yang aku kau dan dia hadapi semakin complicated. Aku tak tahu dari mana datangnya masalah ini. Aku kah punca nya? Aku kah yang create masalah ini? Tapi, bila fikirkan balik sebelum dia tahu tentang kita segala permasalahan tidak timbul. Aku dan kau sangat bahagia. Aku tak pernah menangis dan bersedih kerana kau. Tapi kini....


Aku bukan berniat nak salahkan kau atau dia dalam masalah ini. Kita harus sedar mungkin ini dugaan dan cabaran sebuah kehidupan yang perlu kita selami sejenak melangkah ke alam yang lebih mencabar selepas ini. Tipu la kan kalau aku tidak ada rasa cemburu tatkala melihat kau bermesra dengan dia. Hati mana tak terguris bila melihat kemesraan itu. Mungkin aku kena belajar menerima semua ini. Dan mungkin aku terpaksa merelakan kau untuk terus-terus bermesra dengan nya. Atau mungkin aku terpaksa berpura-pura tabah dengan semua kesedihan yang membakar jiwa aku.






Dalam ombak rindu akhirnya Izah bahagia dengan suaminya. Tapi di mana pulak kesudahan cerita aku, kau dan dia??



2 comments:

Anonymous said...

ombak rindu yg novel ad smbungan dye,,nntikn filem dye plak,,tp tjuk dye bkn ombak rndu,,

MazEiyqha said...

sdih nye ~~
mcm ksah sy gak..
so sy fhm mcm mne prasaan awk..
=')

 
© IeykaShahidan