Saturday, December 17, 2011

Aku Cinta Padamu..



pandanglah kehadapan....lepaskanlah yang terpendam...agar ia dibawa hanyut oleh deruan ombak yang deras...agar tiada lagi gusar dihati yang menghanyutkan keindahan dan senyuman yang terukir di wajah....alangkah indahnya seandainya kau mampu mendengar dan memahami hatiku yang sedang berduka dan di alam yang penuh kerisauan....tanpa aku bicarakannya...aku tak mampu untuk meluahkannya....sukar bagi aku membenarkan dikau tahu isi hati ini...adakah aku tersilap langkah mahupun aku tersalah menilai....yang aku harapkan agar aku tidak leka dan alpa dengan keindahan dirimu sayang.....di saat ini dan di ketika ini, seharusnya engkau tahu aku memerlukan dirimu untuk disamping diriku sayang....namun, aku sedar yang aku cuma mengharapkan bayangmu untuk terus berada di sisi aku.....sayang, izinkan aku untuk pergi membawa diri jauh darimu buat seketika....agar kepulangan aku nanti akan membawa seribu erti yang cukup membahagiakan kita di sini sayangku....sayang, aku rindu dengan senyumanmu, aku rindu untuk menatap matamu....berikanlah aku peluang untuk mencintaimu sepenuh hati aku walaupun hanya seketika jenak hidupku ini....andai ajal datang menjemput aku sebelum aku tunaikan janji aku kepadamu, maafkanlah diri ini....sayang, ingatlah...aku sentiasa menyayangimu walaupun aku tahu ada insan lain turut menyayangimu...seandainya kau bukan ditakdirkan untuk aku..akan aku cuba untuk menerimanya supaya engkau bahagia....sayang, aku pergi bukan kerana mahu menjauhkan darimu tapi aku pergi untuk mencari identiti diri aku yang sebenar yang telah hilang....sayang, maafkan aku sekali lagi kerana membuat keputusan ini tanpa berbincang dengan kau terlebih dahulu.....ini bukan bermaksud kau tidak penting bagi aku..tapi, aku tak ingin untuk menyusahkan dirimu lagi..aku tahu kau sudah cukup punyai masalah yang datang membelenggu di hati...dan kini biarlah aku membuat keputusan aku sendiri....dan yang aku harapkan kau merelakan kepergian aku untuk berjauhan darimu seketika....doakan supaya aku selamat di sana....aku sangat mengharapkan kau dan aku akan terus bersama walaupun badai datang melanda....


Berikan aku cinta...sayang, aku mengharapkan keikhlasan darimu untuk terus mencintai aku...dan bukan kerana terpaksa kau menerima diri yang serba kekurangan ini...dan aku memerlukan perhatian dan kasih sayang dari kau wahai sayangku.....yang aku pinta belai mesra dan cinta darimu..bukan ku pinta wang ringgit mahupun material dari mu....aku mahu cintamu terus hadir didalam hatimudan terus mengalir dalam dalam nadiku disaat kau sentuh hatiku.....sayang, AKU CINTA PADAMU.....terima kasih sayang untuk terus bersama aku walaupun kau tahu kau mampu untuk mendapat yang lebih baik....tak akan aku sia2 kan peluang ini sayang...jagalah hati aku dan peliharalah cintamu padaku sayang....jangan pernah kau lepaskan aku dalam keadaan yang menyakitkan...

2 comments:

-misz*meza- said...

salam :)
nice words btw.
buat mahu nanges bace.
coz its kinda exactly the same problem i have right now. :')
adenya org ketiga dlm hub..
so i know what it feels..

anyway, sbnrnye nak mntak permission nak amek words.. especially last paragraph tuh..can i? :)

misZ iEyka said...

@-misz*meza-ok....you can copy it~!! btw, thnx for your reading here...:)

 
© IeykaShahidan