Tuesday, December 27, 2011

Penat!!

"Haishhh~!!! Pilih jela benda apa pun yang kamu nak...den dah penat nie nak berjalan..."

banyak kali jugak la aku merungut benda nie dekat adik aku malam tadi masa kitorang keluar beli barang dekat Tesko Mergong sana tu. Nak pilih hadiah pun lama gila. Suruh beli tu tak nak nie tak nak. Bungkus katak jela bagi dekat dia. Mahu aku tak merungutnye, aku keluar pakai heels kot malam tadi. Sandal aku xbawak balik. Nak tak nak memang kena pakai heels jugak la. Aduh, seksa kot berjalan pusing satu tesko pakai heels. Tambah pulak aku dah lama tak pakai heels. Selalu aku pakai wedges je. Kalau pakai wedges tak de la sakit sangat macam pakai heels. 

Nasib baik la adik aku. Kalau orang lain memang aku dah suruh je dia pergi beli sendiri. Tak nak la aku berteman2. Nak beli hadiah kat awek sendiri2 la kan. Untung la adik aku lau bukan adik sorry dan selamat jalan ye. 

Masa tengah pilih2 barang semua mata asyik memandang je. Kenapa fikir kitorang as lover ke? Sebab dah rupa macam pakwe nak belikan something untuk awek dia je kan. Mana tak nye masuk kedai semua pompuan je. Laki mana sanggup masuk kedai yang banyak pompuan melainkan kalau dia nak beli something untuk awek dia. Aku tak kisah la apa korang nak fikir sal aku dengan adik aku. Ada bagus jugak kalau koramg fikir macam tu. 

Jalan punya jalan, last2 my abang suggest beli diary. So, aku dengan adik aku pun terus ke Popular. Last2 novel jugak yang dia pilih. Tak de benda lain ke nak beli. Tahun lepas pun beli novel jugak. Tak pe la. Asal kan korang bahagia sudah. Bercinta2 jugak study jangan lupa ye. Tahun depan nak SPM. Good luck ye~!!

No comments:

 
© IeykaShahidan