Tuesday, December 27, 2011

Makan...Makan dan Makan Lagi..


Hye there....

Aku dah berada kat rumah sekarang nie. Bahagia gila aku rasa hari ini. Aku sampai rumah dalam pukul 6 lebih pagi. Macam biasa la kan dah penat naik bas berjam-jam aku pun apa lagi bila dah jumpa katil. Teruskan tido yang panjang. Bangun plak dah pukul 9 lebih rasanya. Tu pun sebab aku tersedar lepas aku mesti sesuatu yang aku tak ingini. Mimpi apa? Next entry aku akan ceritakan okay. Aku bangun je pagi tu tengok my mom tengah makan-makan dengan my sis and my brother in law. Sedapnya tengok nasi lemak yang my mom buat. Nak makan macam tak agak la kan sebab mandi pun belum. 

Pukul 11 lebih baru aku mandi. Mesti korang pelik kan apa aku buat sebelum tu. Ermm, apa lagi dah bangun pukul 9. First things yang aku cari my cat. Miss Stokin Bucuk aku tu la. Malangnye dia tak de kat rumah. Then, aku terus on My Lappy and update my blog. Aktiviti harian aku la kata kan. Tanpa blog hidup aku macam tak lengkap je. Huhuhu

Dah pukul 11 lebih aku mandi semua. Hampir pukul 12 baru la aku menjamu selera nasi lemak. Perghhh~~ sedap gila!! Memang aku dah aim lama dah nasi lemak nie. Kat Terengganu nak dapat yang macam my mom buat memang tak kan jumpa la kan. Selalu jumpa nasi lemak pun yang nasi putih biasa je, tak de lemak pun. Tak sedap kan? Puas rasa bila dah dapat makan.

Bila tengahari my mom buat Mee Rebus. Fuh, makan besar aku hari nie ye. Tapi, tengahari tu aku tak makan sebab perut aku dah full dengan nasi lemak. Petang dalam pukul 6 lebih baru la aku makan Mee Rebus. Kaw~!! Kuah dia memang sedap. Pedas dan menepati citarasa aku. 

Malam pulak aku keluar with my mom, my bro and my lil bro. Kitorang keluar pergi beli barang dan teman my lil bro beli barang untuk his....?? Siapa eh? Next entry nanti aku cerita. Penat kot teman dia. Then, dah selesai membeli dan membelah kitorang pun terus ke kedai Iman Char Kuey Teow. Kedai yang famous kat Alor Star. Kitorang makan Kuey Teow Kerang je kat situ. Sedap la jugak kan. Tapi, tetap tak boleh lawan Kuey Teow Kerang yang dekat Jitra lagi la.

Then, dekat pukul 12 bru kitorang sampai rumah. Dah sampai rumah aku makan lagi. Kali ini memang aku makan favorite food aku. Apa lagi kalau bukan Big Apple. Fulamak~!! Sedap gila kot. Kenyang suda perut aku untuk hari ini.

Kesimpulannya, hari ini memangaku makan dengan banyak sekali. Yela kan baru sampai rumah. My mom masak sedap pulak tu. Mana boleh tahan aku tengok. Makan jela kerja aku.

No comments:

 
© IeykaShahidan